awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034

Bernama
Bernama
12/12/2024
01:40 MYT
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pakistan dan Maldives mengucapkan tahniah kepada Arab Saudi kerana dinobatkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034. - Gambar media sosial
NEW DELHI: Pakistan dan Maldives mengucapkan tahniah kepada Arab Saudi kerana dinobatkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.
"Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global.
"Menantikan kejohanan yang hebat," kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam hantaran di media sosial.
"Kami menantikan Piala Dunia yang bukan sahaja mempamerkan kehebatan sukan yang mengagumkan tetapi juga perpaduan, budaya dan inovasi," kata Presiden Maldives, Mohamed Muizzu sambil mengucapkan tahniah kepada Arab Saudi.
Putera Mahkota Mohammed Bin Salman mengumumkan penubuhan Pihak Berkuasa Tertinggi untuk Penganjuran Piala Dunia FIFA 2034 berikutan keputusan badan induk bola sepak dunia FIFA pada Rabu.
Arab Saudi adalah pembida tunggal untuk 2034.
FIFA juga mengumumkan bahawa Sepanyol, Portugal dan Maghribi akan menjadi tuan rumah bersama bagi kejohanan 2030.
Arab Saudi bergembira selepas dipilih sebagai tuan rumah kejohanan berprestij itu.
"Impian tercapai," lapor akhbar Saudi Gazette. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2034
#Arab Saudi Piala Dunia
#FIFA
#perdana menteri pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan