awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
27/10/2021
03:30 MYT
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 9.10 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1455/1475 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan kekurangan berita yang boleh menggerakkan pasaran, sekali gus mendorong kebanyakan pelabur kekal tidak memasuki pasaran, kata peniaga.
Pada 9.10 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1455/1475 berbanding dolar AS daripada 4.1450/1475 ketika itutup pada Selasa.
Peniaga berkata mata wang tempatan dijangka diniagakan dalam julat yang tidak menentu antara paras 4.13 dengan 4.15 minggu ini menjelang pembentangan Bajet 2022 pada 29 Okt.
"Peningkatan sedikit kes baharu COVID-19 di Malaysia dengan 5,726 kes yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas serta penurunan harga minyak mentah mungkin menyebabkan pelabur beralih dari pasaran pertukaran asing tempatan," katanya kepada Bernama.
Semasa laporan ini ditulis, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa berada pada US$86.22 setong, susut 0.21 peratus.
Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0778/0798 daripada 3.0779/0800 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7079/7107 daripada 5.7172/7206.
Mata wang tempatan kukuh berbanding yen kepada 3.6313/6331 daripada 3.6353/6378 ketika ditutup semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.8096/8119 daripada 4.8148/8177.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan