awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

Bernama
Bernama
29/04/2020
03:59 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 3.71 peratus kepada AS$21.19 setong berikutan pengurangan pengeluaran oleh OPEC yang memberi sokongan. - Gambar hiasan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan harga minyak mentah global yang pulih.
Pada 9.14 pagi, unit tempatan naik kepada 4.3580/3680 berbanding dolar AS daripada 4.3610/3680 semasa ditutup semalam.
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 3.71 peratus kepada AS$21.19 setong berikutan pengurangan pengeluaran oleh OPEC+ yang memberi sokongan.
Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata sensitiviti harga ringgit berterusan berdasarkan harga minyak mentah global.
"Bekalan (minyak mentah global) lebih daripada maksimum, yang daripada perspektif asas, akan memberi sedikit keselesaan kepada ringgit," katanya.
Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0783/0856 daripada 3.0787/0847 semasa ditutup pada Selasa, bagaimanapun rendah berbanding yen kepada 4.0893/0999 daripada 4.0872/0945.
Berbanding pound, ringgit meningkat kepada 5.4349/4478 daripada 5.4425/4521 manakala berbanding euro, ia naik kepada 4.7280/7406 daripada 4.7404/7493 semalam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar
#minyak
#OPEC
#ringgit
#Singapura
#US
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan