Skip to main content

Dunia

India minta rakyatnya di Iran kekal di dalam rumah selama 48 jam

Sumber: Embassy of India
Kenyataan yang dibuat oleh Kedutaan India di Tehran. - Facebook Directorate General of Shipping, India

HYDERABAD: India pada Selasa mengeluarkan nasihat baharu kepada rakyatnya di Iran agar kekal berada di dalam rumah dan mengelakkan tingkat atas bangunan.

Kerajaan India sebelum ini meminta warga negaranya untuk meninggalkan Iran berikutan peperangan yang sedang berlaku.

Advertisement

"Susulan nasihat sebelum ini, warga India yang masih berada di Iran mesti kekal di lokasi masing-masing untuk tempoh 48 jam akan datang, menjauhi semua alat elektrik, kemudahan tentera dan tingkat atas bangunan bertingkat, kekal di dalam rumah, serta menyelaras sebarang pergerakan di lebuh raya secara telus dengan pihak Kedutaan," menurut kenyataan Kedutaan India dalam satu kenyataan.

Nasihat baharu ini dikeluarkan ketika Israel dan Amerika Syarikat mengancam untuk memusnahkan loji janakuasa, jambatan, infrastruktur kereta api dan kemudahan awam lain di Iran.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video