KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan aliran meningkat dari Jumaat lepas untuk dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran dolar AS dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan berada dalam kedudukan yang lebih baik hari ini berikutan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang lebih rendah daripada jangkaan pada Jumaat lepas.
"Data tersebut menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka menurunkan kadar pada tahun ini.
"Ini akan memberikan sokongan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan bahawa hasil Perbendaharaan AS merosot sebanyak tujuh mata asas kepada 4.5 peratus pada Jumaat lepas selepas laporan pekerjaan AS pada April menunjukkan pertumbuhan senarai gaji yang lebih rendah daripada jangkaan dan peningkatan yang tidak dijangka dalam kadar pengangguran.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0850/0900 daripada 3.0947/0968 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding pound kepada 5.9404/9492 daripada 5.9487/9525, bagaimanapun rendah berbanding euro kepada 5.0960/1036 daripada 5.0890/0922 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8702/8969 daripada 12.8723/8850 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 294.2/294.8 daripada 294.4/294.8 sebelum ini.
Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5051/5106 daripada 3.5027/5054 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.30 daripada 8.25/8.27 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Reuters
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit di kedudukan pertama berbanding mata wang negara serantau pada pertengahan Mei - MOF
Peningkatan nilai ringgit mendorong mata wang tempatan berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan Mei 2024.
Ringgit dijangka teruskan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan
Katanya, tumpuan akan terarah kepada pengukur inflasi pilihan Fed AS iaitu Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan PCE Teras bagi April.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, kekukuhan dolar pengaruhi permintaan
Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7100/7130 berbanding dolar AS daripada 4.6950/6985 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana sentimen pasaran telah dipengaruhi oleh komen-komen daripada pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.