KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri dagangan hari ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan permintaan domestik yang bertambah baik selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan melonjak semula di tengah-tengah dolar AS yang lebih kukuh menjelang pengumuman data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
Beliau memberitahu Bernama bahawa indeks harga PCE AS untuk Februari akan dipantau dengan teliti apabila Biro Analisis Ekonomi AS mengeluarkan laporan itu malam ini.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Pada Januari, indeks harga PCE menyederhana kepada 2.4 peratus tahun ke tahun daripada 2.6 peratus pada bulan sebelumnya manakala anggaran konsensus menunjukkan bahawa kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan 2.5 peratus pada Februari.
Rizab Persekutuan AS semasa mesyuaratnya bulan lepas mengekalkan unjuran PCE pada 2.4 peratus untuk 2024.
"Ringgit telah berlegar di antara RM4.7242 dan RM4.7390 berbanding dolar AS hari ini kerana aset berisiko seperti ekuiti mendapat momentum dan dijangka ditutup pada paras yang baik untuk suku pertama tahun ini," katanya.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0907/0977 daripada 5.1233/1287 pada penutup Rabu dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.9548/9630 daripada 5.9742/9805 sebelumnya.
Nota tempatan itu juga lebih kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1194/1241 daripada 3.1261/1298 pada Rabu.
Ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang di negara Asean.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9712/12.9983 daripada 12.9925/13.0130 pada semalam dan juga lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 297.7/298.2 berbanding 298.3/298.8 sebelumnya.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4987/5040 daripada 3.5112/5151 pada penutup semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.41/8.43.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam. - Gambar hiasan/REUTERS
Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.
Azlee stabil, dalam pemantauan IJN - Yassin
Rakan artis yang juga anggota Senario, Yassin memaklumkan Azlee berada dalam keadaan baik dan dalam pemantauan IJN.
413 mangsa maut, 191 masih hilang di laut
Bermula 2021, Maritim Malaysia menetapkan tarikh 6 Jun sebagai Hari Kesedaran Keselamatan Maritim.
TPM New Zealand akan berada di Malaysia dalam lawatan ke 4 negara Asia Tenggara
Timbalan Perdana Menteri New Zealand merangkap Menteri Luar Winston Peters dijangka tiba di Malaysia pada Khamis (6 Jun), sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke empat negara Asia Tenggara.
Proses roboh Stadium Shah Alam belum dapat dilaksana - Datuk Bandar
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu belum dapat dilaksanakan.
Kencing: ‘Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif PPR’ - Kor Ming
KPKT bersedia memasang CCTV jika perbuatan vandalisme seperti kencing dan membuang sampah di dalam lif projek PPR masih berlaku.
KBS lancar kempen Team MAS sempena Olimpik Paris 2024
Kementerian Belia dan Sukan melancarkan kempen Team MAS dalam usaha mewujudkan gerakan nasional menyokong atlet negara yang bertanding.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya, ulangi kemenangan epik Bukit Jalil
Memang tidak dinafikan, ketiadaan enam pemain utama skuad Harimau Malaya mungkin meresahkan ketika pasukan kebangsaan berdepan Republik Kyrgyz malam ini.
Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.
PRK Sg Bakap: Jawatankuasa khas tangkis berita palsu mungkin diwujudkan - Fahmi
Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan menangkis penyebaran berita palsu semasa PRK Sungai Bakap.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.