awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Budaya tolak rasuah, salah guna kuasa jadi teras kepimpinan ATM - Agong
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS pagi ini

Bernama
Bernama
24/02/2021
02:45 MYT
Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
KUALA LUMPUR: Ringgit kembali dibuka tinggi pada pagi Rabu dengan permintaan risiko terhadap unit tempatan semakin baik, didorong oleh pengukuhan harga minyak mentah.
Pada pukul 9 pagi, unit tempatan itu meningkat kepada 4.0390/0420 berbanding dolar AS daripada 4.0420/0450 ketika ditutup pada petang Selasa.
Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.2 peratus kepada US$65.37 setong berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berterusan.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata bank-bank pusat di Asia dipaksa menentukan semula dasar masing-masing dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), sekali gus membolehkan ekonomi AS bergerak lancar dan ini berpotensi melemahkan dolar AS.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0608/0642 daripada 3.0591/0618 pada Selasa petang dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.7071/7118 daripada 5.6948/6998.
Mata wang tempatan bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8328/8360 daripada 3.8393/8425 semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.9078/9131 daripada 4.9106/9147 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#ringgit
#Britain
#harga minyak
#ekonomi
#Asia
#Jepun
#dolar AS
#minyak mentah Brent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan