awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risda terima RM37.2 juta laksana pembangunan fasa pertama di Kelantan

Bernama
Bernama
06/01/2018
20:44 MYT
Risda terima RM37.2 juta laksana pembangunan fasa pertama di Kelantan
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil. - Gambar Astro AWANI
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM37.2 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk melaksanakan program pembangunan fasa pertama bagi pekebun kecil di Kelantan tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
"Kita berharap peruntukan kedua tidak kurang besarnya.
"Ini penting bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penerangan Program Pembangunan Risda Kelantan 2018 dan Pemimpin Bersama Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong di sini, pada Sabtu.
Ahmad Jazlan berkata peruntukan itu menunjukan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
Beliau berkata selain Risda, kementerian itu mengarahkan agensinya yang lain seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk meninjau kehidupan rakyat dan membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi.
"Kita tidak mahu golongan miskin tertinggal atau terlepas pandang. Oleh itu, program turun ke akar umbi adalah penting supaya bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan," katanya.
Beliau menjelaskan bantuan itu diberikan tanpa mengira fahaman politik seseorang penerima itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Jazlan Yaakub
#Kelantan
#Kemajuan Kelantan Selatan
#kesedar
#pekebun kecil
#risda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan