KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah melibatkan Johor, Pahang dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.
JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.
Di Johor melibatkan mukim Plentong bagi daerah Johor Bahru; mukim Tanjung Surat, Kota Tinggi, Ulu Sungai Johor, Sedili Kechil, Ulu Sungai Sedili Besar, Sedili Besar bagi daerah Kota Tinggi manakala bagi daerah Mersing melibatkan mukim Triang.
Di Pahang, membabitkan mukim Pontian dan Rompin bagi daerah Rompin.
Di Sarawak pula di bahagian Kuching iaitu Jalan Laksamana Cheng Ho, Taman Bong Chin, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Lorong Kapor 10, Ulu Maong, Happy Valley, Taman Evergreen, Jalan Burung Durian, Jalan Batu Kawa, Desa Wira, Kampung Gita, Hospital Umum Sarawak, Jalan Batu Lintang, Kawasan Perumahan RPR Batu Kawa serta kawasan sekitarnya.
Bagi bahagian Samarahan melibatkan Kampung Mang, Taman Residen, SK Muara Tuang, Kampung Tanjung Bundong, Taman Uni Garden, Kawasan Muara Tuang III, Kampung Empila, Kampung Tanjung Parang, Kampung Bangka Semong, Kampung Nuip serta kawasan sekitarnya.
Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter JPS _InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah melibatkan Johor, Pahang dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku. - Gambar fail/APM

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Banjir Kilat: 248 mangsa masih berlindung di dua PPS di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi dan PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Hujan lebat lebih 2 jam, beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Kuching dan Siburan mengalami banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam bermula jam 6 pagi tadi.

Banjir kilat: 17 penduduk Kampung Larut Ulu ditempatkan di PPS
Seramai 17 penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Larut Ulu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Air Kuning malam tadi susulan banjir kilat.

Risiko banjir kilat di Johor, Sarawak dalam tempoh 12 jam - JPS
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam, di beberapa daerah di Johor dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.

Banjir Sarawak: 16 pelajar SPM dibantu pihak bomba ke dewan peperiksaan
Seramai 16 pelajar tingkatan lima dari SMK Lake, Bau hadir menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dibantu pasukan bomba selepas kampung mereka terputus akibat banjir kilat.

Banjir kilat: Beberapa kawasan di daerah Batang Padang dinaiki air
Hujan lebat lebih dua jam sejak kira-kira pukul 4 petang menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Batang Padang dilanda banjir kilat.

Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir
Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi.

Banjir: Bilangan mangsa di PPS SK Relau meningkat
Paras air meningkat sehingga mencecah 0.5 meter menyebabkan kesemua mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS berkenaan.

Banjir kilat di Pulau Pinang, dua PPS dibuka
Kedua-kedua PPS tersebut dibuka bagi menempatkan 59 mangsa yang terdiri daripada 17 keluarga.