Skip to main content

Malaysia

Risiko kanser payudara dalam kalangan wanita Malaysia meningkat - Nancy

Nancy (empat, kiri) dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menunjukkan simbol 'love' sempena perasmian Bulan Kesedaran Kanser Payudara di Padang Merdeka Kuching, hari ini. - Foto Bernama
Nancy (empat, kiri) dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menunjukkan simbol 'love' sempena perasmian Bulan Kesedaran Kanser Payudara di Padang Merdeka Kuching, hari ini. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Risiko wanita Malaysia menghidap kanser payudara meningkat kepada satu dalam 23 orang berbanding satu dalam 27 orang sebelum ini.
  • 71 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas tidak pernah menjalani ujian mamogram, manakala 46 peratus tidak melakukan pemeriksaan kendiri payudara.
  • Sehingga 30 September, 598,919 wanita telah menerima manfaat Program Subsidi Ujian Mamogram, termasuk 90,075 wanita di Sarawak dengan 88 kes positif kanser.

KUCHING: Risiko wanita di Malaysia menghidap kanser payudara meningkat kepada satu dalam 23 orang berbanding satu dalam 27 orang sebelum ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata berdasarkan Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2012 hingga 2016 dan 2017 hingga 2021, kanser payudara kekal sebagai kanser paling lazim dalam kalangan wanita di negara ini.

“Lebih membimbangkan, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati 71 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas tidak pernah menjalani ujian mamogram manakala 46 peratus tidak mengamalkan pemeriksaan kendiri payudara.

“Tahap saringan yang masih rendah menyukarkan usaha pengesanan awal sedangkan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit yang dikesan pada peringkat awal boleh mencecah 95 peratus,” katanya ketika berucap pada Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara peringkat Sarawak di sini hari ini.

Nancy berkata bagi memperluas akses kepada saringan awal kanser payudara, kerajaan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperkenalkan Program Subsidi Ujian Mamogram sejak 2007.

Beliau berkata usaha itu juga diperkukuh melalui penjenamaan Kempen WeCaRe yang merangkumi kesedaran mengenai kanser payudara dan kanser serviks dalam kalangan wanita.

Setakat 30 Sept, beliau berkata sebanyak 598,919 wanita di Malaysia telah mendapat manfaat program itu termasuk 90,075 wanita di Sarawak dengan 88 daripadanya dikesan positif kanser.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement