TUMPAT:Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukkan RM1.5 juta bagi bantuan bencana dan kebajikan nelayan yang terlibat dengan bencana di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata peruntukan itu disalurkan oleh kerajaan bagi bantuan segera, meringankan bebanan para nelayan yang terlibat dengan musibah dan bencana.
"Setakat hari ini (21 Nov) kami telah membelanjakan lebih RM800,000 bagi memberikan sumbangan kepada nelayan yang ditimpa bencana di seluruh negara.
"Di Kelantan sahaja, kami telah mengeluarkan hampir RM100,000 untuk disampaikan kepada 28 nelayan terlibat dengan bencana seperti rumah terbakar dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Penyampaian Sumbangan Kepada Nelayan di Bawah Program Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.
Sumbangan itu diberikan kepada seorang nelayan, Nawawi Che Soh yang kediamannya musnah dalam kebakaran pada 25 Okt lalu.
Sementara itu, Che Abdullah berkata semua agensi dan jabatan di bawah kementerian itu diminta bersiap sedia bagi menghadapi musim tengkujuh bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
Mengenai masalah yang dihadapi 20 penternak ikan di Laguna Sri Tujoh di sini yang kerugian ratusan ribu ringgit, beliau berkata jabatan berkaitan telah mengambil maklumat berhubung perkara itu.
"Agensi kami telah turun padang untuk mengambil maklumat..kami akan bantu keperluan yang perlu dibantu kepada penternak terlibat," katanya.
Sebelum ini media melaporkan kira-kira 20 penternak ikan sangkar di Laguna Sri Tujoh berdepan dengan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit selepas banyak ikan mati akibat kualiti air kotor.
Kejadian itu disebabkan pelepasan air ketika proses pembersihan sungai menyebabkan keladak dan sisa tumbuhan dialirkan masuk ke kawasan ternakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020
Che Abdullah berkata peruntukan itu disalurkan oleh kerajaan bagi bantuan segera, meringankan bebanan para nelayan. - Bernama
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
PRU15: Che Abdullah tidak lagi janggal berpakaian biru ketika berkempen
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengakui merasa janggal pada awalnya kerana memakai baju berwarna biru ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: Che Loh akui ada cubaan memboikotnya
Che Abdullah Mat Nawi mahu tebus maruah diri dan keluarga pada PRU15.
Che Lah sah calon BN di Tumpat
Ahmad Jazlan juga memaklumkan, Che Abdullah akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Tumpat menggunakan lambang BN.
KRPPM mahu pertingkat integriti, tadbir urus, cegah rasuah
KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah akan memastikan perubahan sistematik dan legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus serta pencegahan rasuah di Malaysia.
Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan
Kebenaran itu memberi peluang kepada pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket, jersi dan sebagainya.
Bekas timbalan menteri lapor polis difitnah isu salah guna kuasa
Che Abdullah Mat Nawi membuat laporan polis berhubung penyebaran di media sosial yang didakwa memfitnah beliau berkait isu penyelewengan dan salah guna kuasa.
PN tumbang atau tidak, hanya boleh ditentukan melalui sokongan Ahli Parlimen - Che Abdullah
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya boleh diketahui apabila Parlimen bersidang.
Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf
Che Abdullah berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang dan menghormati privasi keluarganya.
Syarat import lembu hidup diperketatkan elak LSD - MAFI
Setakat ini sebanyak 81,252 ekor ternakan lembu di 9,108 premis atau ladang telah diperiksa.
MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan
MAFI mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas sepanjang musim perayaan Aidilfitri.