KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan biasiswa berjumlah RM101 juta untuk anak negeri itu yang melanjutkan pengajian ke universiti dan institusi pengajian tinggi awam tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata peruntukan biasiswa itu memberi manfaat kepada 4,638 pelajar Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara, dan program pemberian biasiswa itu penting bagi pembangunan negeri ini pada masa hadapan.
Katanya peruntukan biasiswa tahun ini ditingkatkan berbanding RM55 juta pada tahun lepas, sekali gus menunjukkan kerajaan negeri komited dalam memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.
"Pendidikan antara teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu pembangunan modal insan, jadi ini kunci untuk kita maju di masa akan datang, kita memerlukan tenaga rakyat yang pandai dan mahir dalam semua bidang.
"Sebab itu, tahun ini kita tingkatkan dan bagi peruntukan tinggi untuk menaja anak kita belajar, usaha ini berterusan kerana ini fokus utama kita untuk membangunkan anak Sabah menjadi insan berjaya suatu hari nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah kepada 10 penerima di Menara Kinabalu, di sini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam negeri Datuk Zainudin Aman.
Dalam pada itu, ditanya tentang Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 13 Okt ini, Hajiji berkata kerajaan negeri yakin tambahan belanjawan untuk Sabah akan diberikan untuk tujuan pembangunan dan pembekalan.
Sementara itu, seorang penerima biasiswa, Arnie Jaliusih, 20, berkata beliau berazam untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran bagi mencapai cita-citanya sebagai guru, sekali gus menjadi inspirasi kepada anak Sabah yang lain.
Arnie merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens, Kiulu dan antara pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 di Sabah apabila memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Esok, gadis berketurunan Dusun dari Kiulu itu akan mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Geografi) Dengan Kepujian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Hajiji Noor bergambar bersama 10 penerima Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di Menara Kinabalu hari ini. -Bernama
Subsidi perjalanan laut Labuan, Sabah dan Sarawak diteruskan
Kerajaan Persekutuan kekal komited menyalurkan subsidi tahunan sebanyak RM7 juta bagi pengguna pengangkutan laut yang berulang-alik antara Labuan, Sabah dan Sarawak pada 2024.
PETROSNiaga: Tubuh pasukan khas pantau isu berkaitan pengedaran LPG
Pengguna gas LPG 14kg diminta melaporekan kepada pihak PETROSNiaga sekiranya terdapat pen iaga yang mengenakan bayaran tambahan bagi penukaran silinder Petros LPG.
PETROSNiaga: Lebih 700,000 tong gas LPG dikeluarkan sebulan
PETROSNiaga berkapasiti mengeluarkan lebih 700 ribu tong gas petroleum cecair (LPG) sebulan dan mampu menampung penggunaan domestik seluruh sarawak bagi bekalas gas bersubsidi.

Bunuh: Doktor, dua lelaki diarah bela diri, seorang dibebaskan
Mahkamah Tinggi memerintahkan tiga lelaki termasuk seorang doktor untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019.

Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Bakal kahwini Tiko, Bunga Citra Lestari tukar gelaran IG, tiada lagi nama Sinclair
Bunga atau BCL akan menikah kali kedua dengan kekasihnya, Tiko Aryawardhana, pada 2 Disember 2023 di Bali.

Pengedar dadah lari tinggalkan isteri, rakan, ganja RM200,000
Polis menahan dua suspek bersama dadah jenis ganja seberat 74 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM229,400 di Kuala Krai, semalam.

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.
Niaga AWANI: Pemeteraian perjanjian antara pengendali rangkaian dengan DNB
Kita bersama Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, penganalisis keselamatan dan politik, pusat pengajian perang saraf media dan informasi UiTM bagi perincian.
Tahap penerimagunaan 5G capai 10.3 peratus setakat hujung Oktober
KKD akan terus memantau pelaksanaan rangkaian 5G supaya tidak akan masalah yang berbangkit.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Gagasan Rakyat adakan persidangan agung tahunan pertama 13 November - Hajiji
Persidangan sehari itu akan dihadiri oleh perwakilan serta pemerhati dari 73 bahagian Gagasan Rakyat serta wakil dari Labuan.

Badan berkanun, GLC bayar RM138.7 juta dividen dan sumbangan kepada kerajaan negeri Sabah
Badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah membayar dividen serta sumbangan berjumlah RM138.7 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah setakat Oktober tahun ini.

Operasi bersama banteras jenayah rentas sempadan perlu ditingkatkan - Hajiji
Kerajaan Sabah mahu pasukan dan agensi keselamatan negara meningkatkan operasi secara bersama bagi menangani pelbagai aktiviti jenayah di darat dan laut di negeri ini.

Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat
Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan selepas perbincangan selesai, barulah keputusan akan diumumkan.

Sabah laksana lima strategi pengukuhan integriti perkhidmatan awam - Hajiji
Sabah melaksanakan lima strategi pembudayaan dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam negeri ke arah kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang cekap.

Belanjawan 2024: Sabah sambut baik 'Belanjawan Merakyat' dibentang Perdana Menteri
Katanya, intipati belanjawan itu menunjukkan komitmen kerajaan, menjurus ke arah mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan.

Melestari budaya integriti penting pastikan Sabah ditadbir urus dengan baik - Tun Juhar
Tun Juhar berkata budaya integriti jika diamalkan secara berterusan mampu menjamin Sabah diurus dengan baik.

Shell batal rancangan tutup 34 stesen minyak di Sabah
Shell membatalkan rancangannya untuk menutup 34 stesen minyak di Sabah menjelang Januari tahun depan, susulan siri perbincangan dengan kerajaan negeri.

RM101 juta biasiswa untuk anak Sabah - Hajiji
Beliau berkata peruntukan biasiswa itu memberi manfaat kepada 4,638 pelajar Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.