TAMPIN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM11.7 juta untuk pembinaan bangunan baharu di Sekolah Tinggi Agama Maahad Ahmadi, Gemencheh, dekat sini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembinaan itu bertujuan menggantikan bangunan lama berusia hampir 50 tahun bagi membolehkan pelajar dan guru dapat meneruskan pembelajaran dalam infrastruktur pendidikan moden serta kondusif.
Beliau berharap sekolah diasaskan pada 1975 itu terus kekal berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu, bahasa dan kebudayaan Islam di negara ini supaya selari dengan usaha yang dicetuskan oleh beberapa tokoh agama di negeri ini dalam membangunkan sekolah tersebut.
"Pembinaan ini bermula November tahun lepas dan dijangka siap pada Nov 2023. Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, surau, serta bangunan akademik setingkat.
"Selain itu, projek ini juga melibatkan pembinaan dataran kejat, pintu pagar utama, pagar perimeter, laluan pejalan kaki berbumbung, kerja pembinaan jalan serta sistem retikulasi air, saliran dan kumbahan," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Meroboh dan Membina Sebahagian Bangunan di sini semalam.
Katanya, terdapat bangunan sokongan akan dibina termasuk melibatkan pembinaan rumah pam dan rumah sampah.
Aminuddin berkata sekolah tersebut juga merupakan satu-satunya sekolah di bawah kerajaan Negeri Sembilan yang masih mengekalkan sistem sanawi, menghafaz al-Quran dan menggunakan bahasa Arab serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Aminuddin berkata sekolah tersebut juga merupakan satu-satunya sekolah di bawah kerajaan Negeri Sembilan yang masih mengekalkan sistem sanawi, menghafaz al-Quran dan menggunakan bahasa Arab serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif
Masyarakat di Negeri Sembilan perlu memanfaatkan Pusat Sebaran Nasional (NADI) secara optimum bagi memperkasakan kemahiran pelbagai bidang seterusnya menjadi komuniti proaktif dan inovatif.
Dua laluan alternatif Seremban-Kuala Pilah dijangka siap 2026, 2027
Aminuddin menyatakan bahawa kerja-kerja fizikal akan dimulakan selepas proses pengambilan tanah dan penilaian impak alam sekitar diselesaikan.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Tuanku Muhriz titah bela nasib kanak-kanak terkait GISB di N. Sembilan - Aminuddin
Tuanku Muhriz turut mencadangkan kepada JKM negeri supaya kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun yang tidak diambil ibu bapa mereka supaya diberi perhatian sewajarnya.
Kerajaan Negeri Sembilan siap siaga bencana banjir
Pengurusan Bencana Negeri mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi lain bagi mendapatkan maklumat dan persiapan menghadapi musim tengkujuh.
Status ajaran GISB: Negeri Sembilan tunggu perkenan Tuanku Muhriz
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan daripada Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.