PUTRAJAYA: Harga tertinggi ayam yang dikesan setelah diapungkan hari ini dalam pemeriksaan setakat 1 tengah hari adalah RM11 per kilogram (kg) dan terendah RM6.49 per kg.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata harga RM11 per kg itu dikesan dijual di Pasar Basah Rompin, Pahang dan Pasar Basah Manir, Terengganu manakala Mari-Mari Supermarket di Mersing, Johor menjual pada harga RM6.49 per kg.
Dalam pemeriksaan setakat 1 tengah hari itu, beliau berkata hanya 68 premis atau 4.6 peratus daripada keseluruhan 1,484 premis yang diperiksa di Semenanjung Malaysia menjual ayam pada harga lebih tinggi daripada harga siling yang pernah ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 per kg.
"Apa yang kami lakukan berdasarkan dapatan ini selain meneruskan pemantauan adalah kami memutuskan untuk melihat secara mikro bagi kawasan yang mempunyai jualan (ayam) di atas harga RM9.40, dari segi lokaliti dan jenis premis sama ada kedai runcit, pasar raya atau pasar mini.
"Kerana kami ingin memastikan penguat kuasa turun ke premis untuk melihat apa isu sebenar mereka, adakah isu bekalan dan kos operasi sehingga menyebabkan mereka tidak boleh menjual harga di bawah RM9.40," katanya selepas meninjau harga ayam di Pasar Raya Lotus's di sini hari ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada 30 Okt mengumumkan kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 Nov, manakala melanjutkan pemberian subsidi dan harga kawalan telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.
Mohamad berkata penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, selain meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi.
Armizan berkata tindakan pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga bersekali dengan aspek penguatkuasaan dengan tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dan Akta Persaingan 2010 sekiranya harga ayam yang dijual tidak munasabah.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa harga makanan akan meningkat sekiranya ayam dijual pada harga tinggi serta meminta kerjasama pengguna untuk melaporkan kepada KPDN menggunakan saluran sedia ada.
"Itu (peningkatan harga makanan) merupakan satu risiko yang mungkin boleh timbul, iaitu kesan kepada industri lain. Kalau harga makanan tinggi, sila buat aduan di platform yang disediakan. Kami akan periksa pembekal dari mana, berapa kos pengeluaran, margin keuntungan mereka sebelum diambil tindakan," katanya.
Pengguna yang mempunyai maklumat berkaitan harga barangan atau aduan boleh menyalurkannya kepada KPDN melalui WhatsApp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000, menerusi portal aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my, hubungi pusat kawalan 1-800-886-800, e-mel di [email protected] atau Ez ADU KPDN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Harga RM11 per kg itu dikesan dijual di Pasar Basah Rompin, Pahang dan Pasar Basah Manir, Terengganu. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.