PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan dana RM114.6 juta di bawah Bajet Selangor 2022 bagi beberapa inisiatif khusus, untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan negeri itu, selepas dua tahun ia terjejas akibat wabak COVID-19.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan untuk tempoh antara 2021 hingga 2025 itu, akan melibatkan kesemua industri berkaitan.
Tambahnya lagi, Selangor beraspirasi untuk sentiasa berada selangkah di hadapan, dan ingin menjadi pemangkin kepada pemulihan sektor pelancongan negara secara keseluruhan.
“Kesemua pemain industri pelancongan Selangor perlu terus memperkenalkan pakej dan tarikan yang unik untuk menarik minat pelancong, sekali gus memacu sektor ini.
“Pemulihan sektor pelancongan Selangor adalah sebagai kebangkitan semula antara penyumbang terbesar negeri ini, selepas tempoh dua tahun yang cukup mencabar (ekoran penularan COVID-19,” katanya, sewaktu berucap melancarkan Tourism Selangor Global Convention 2021 di sini, hari ini.
Antara inisiatif di bawah dana RM114.6 juta itu, jelas Menteri Besar lagi, ialah - pemberian geran pemulihan untuk pemain industri; pelaksanaan Kempen 'Pusing Selangor Dulu' dan 'Kempen Selangor Indah'; persiapan SOP Pelancongan Selangor; penganjuran Tourism Selangor Global Convention 2022; dan pembangunan infrastruktur pelancongan.
Berucap lanjut, Amirudin berkata, keinginan pelancong untuk kembali melancong dalam norma baharu, perlu menjadi fokus utama sekiranya semua pihak ingin melihat kembali pemulihan itu.
Jelas beliau, inisiatif promosi serta pendekatan yang bersesuaian adalah perlu untuk memenuhi kehendak yang semakin meningkat.
“Elemen penentu yang wujud ekoran COVID-19 adalah transformasi digital – memandangkan wabak ini telah meningkatkan penggunaan teknologi digital – dan inisiatif ini yang sering dititikberatkan Kerajaan Selangor dalam menggalakkan perniagaan beradaptasi dengan keadaan semasa.
“Selangor juga bertanggungjawab untuk memastikan kelestarian pelancongan di negeri ini. Maka saya percaya Tourism Selangor Global Convention 2021 adalah satu usaha yang kritikal untuk mencapai visi tersebut, seterusnya menyemarakkan kembali industri pelancongan negeri ni,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Dec 10 2021

Selangor beraspirasi untuk sentiasa selangkah di hadapan, ingin jadi pemangkin kepada pemulihan sektor pelancongan negara. - Gambar fail/BERNAMA

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

HFMD: Kes jangkitan meningkat enam kali ganda di Sarawak
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi HFMD dinasihatkan supaya tidak menghantar mereka ke tadika, taska atau sekolah atau bermain dengan kanak-kanak lain semasa mereka sakit.

Sukan SEA: Prabudass tidak bertanding kerana masalah kesihatan
K. Prabudass terpaksa menarik diri atas nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

'Pilih kasut raya Cinderella' - Dulu anak kecil, kini Fatimah Omar Mukhlis makin pandai bergaya!
Paling ketara, kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.

Remaja mengaku tidak bersalah memandu tanpa lesen, secara berbahaya mengakibatkan kematian
Tertuduh yang juga pelajar didakwa memandu MPV milik bapanya secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut.

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Pengundian pemilihan PKR 2022 buka tirai hari ini
Pemilihan PKR 2022 membuka tirainya hari ini yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Bekalan air mula disambung malam ini - Amirudin Shari
Amirudin memaklumkan operasi di loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi disambung semula setakat jam 3.30 petang tadi.

Pemilihan PKR: Amirudin Shari umum bertanding Naib Presiden
Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Selangor kecualikan kadar duti hiburan tahun ini
Pengecualian itu diberikan selepas menerima pandangan dan maklum balas orang ramai terutamanya golongan seni berkenaan perkara itu.

Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji bantuan khas kewangan hari raya
Bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam Selangor akan dibayar pada 27 April ini.

Kualiti air sungai di Selangor masih selamat - MB
Hanya dua sungai di negeri berkenaan berada pada kategori sederhana iaitu Sungai Klang dan sebahagian kecil di hulu Sungai Langat.

Guru KAFA Selangor enggan vaksin berdepan risiko ditamat perkhidmatan - MB
Tindakan tersebut perlu diambil bagi mengelak pelajar-pelajar KAFA terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19.

Selangor cadang bawa usul tambah kerusi DUN pada sidang akan datang
Kerajaan negeri Selangor bercadang untuk membawa usul menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada persidangan yang akan datang, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.