awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut direkodkan - MOF

Bernama
Bernama
05/03/2025
04:00 MYT
RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut direkodkan - MOF
Bagi memudahkan proses tuntutan, perkhidmatan kaunter semakan dan bayaran balik WTD diperluas ke 24 JANM negeri dan cawangan seluruh negara, selain satu kaunter di JANM Putrajaya (gambar) dan satu di UTC Pudu. - Foto Jabatan Akauntan Negara
KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merekodkan sejumlah RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) hingga 31 Jan lepas, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).
MOF menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan, individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.
"Mereka juga boleh hadir ke kaunter JANM di setiap negeri dengan kaedah semakan dan tuntutan boleh dirujuk di portal eGUMIS JANM atau kaunter JANM," menurut kementerian itu.
Penjelasan itu menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai jumlah terkini WTD dan proses menuntut wang itu, serta langkah diambil kerajaan untuk memaklumkan mengenai WTD kepada pemilik atau waris mereka.
Kementerian itu juga menjelaskan bahawa kempen kesedaran, taklimat secara dalam talian dan hebahan berkala melalui saluran TV nasional, giat dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai pemilik atau waris menyedari kewujudan WTD mereka.
Selain itu, bagi memudahkan proses tuntutan, perkhidmatan kaunter semakan dan bayaran balik WTD telah diperluas ke 24 JANM negeri dan cawangan seluruh negara, selain satu kaunter di JANM Putrajaya dan satu di UTC Pudu.
Langkah itu bagi membolehkan orang ramai membuat semakan serta mengemukakan permohonan tuntutan dengan lebih mudah dan pantas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wtd
#wang tak dituntut
#Kementerian Kewangan
#jabatan akauntan negara
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan