NATIONAL
RM1.6 juta diperuntukkan di bawah Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM sejak 2023

Menurut Mohd Na'im hingga kini, program itu memberikan manfaat kepada ribuan masyarakat termasuk keluarga miskin, pelajar, usahawan asnaf dan anak yatim. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Sebanyak RM1.6 juta telah diperuntukkan di bawah Projek Pembangunan Komuniti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (PPKY) di seluruh negara sejak program itu dimulakan pada 2023.
Ringkasan AI
- Sebanyak RM1.6 juta telah diperuntukkan di bawah Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) sejak 2023, memberi manfaat kepada ribuan masyarakat termasuk keluarga miskin, pelajar, usahawan asnaf dan anak yatim.
- YAPEIM turut menyalurkan RM196,500 menerusi tiga program utama di Perlis, iaitu PPKY, Aidilfitri MADANI YAPEIM, dan Program Sinar Lestari YAPEIM, dengan bantuan kewangan, pendidikan, serta baik pulih premis perniagaan.
- Sejak 1985, YAPEIM telah mengagihkan RM725 juta kepada 14 juta penerima manfaat, dan menyediakan pembiayaan mikro melalui 203 cawangan Ar-Rahnu YAPEIM, dengan jumlah pembiayaan mencecah RM17.5 bilion hingga Mac 2025.
Mohd Na'im berkata sebanyak 12 lokasi PPKY telah pun dilaksanakan di seluruh negara setakat ini.
Sementara itu, beliau berkata YAPEIM menyalurkan RM196,500 menerusi tiga program iaitu PPKY, Aidilfitri MADANI YAPEIM dan Program Sinar Lestari YAPEIM di Perlis menerusi majlis perasmian program YAPEIM itu hari ini.
"Bagi PPKY di Perlis, bantuan keseluruhan RM60,000 meliputi sumbangan kepada Masjid Al-Ghufran, bantuan kewangan keluarga dan makanan kepada 160 penerima, bantuan pendidikan kepada 200 penerima serta lain-lain sumbangan kemasyarakatan," katanya.
Beliau berkata bagi program Aidilfitri MADANI YAPEIM, sumbangan keseluruhan berjumlah RM46,500 manakala bagi Program Sinar Lestari YAPEIM pula sebanyak RM90,000 disalurkan melalui kerjasama strategik dengan Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU JPM) untuk membantu baik pulih premis perniagaan.
Dalam pada itu, katanya sejak 1985 hingga Disember 2024, YAPEIM telah mengagihkan sebanyak RM725 juta kepada 14 juta penerima manfaat di seluruh negara melalui teras pembangunan ekonomi Islam, pendidikan dan kemasyarakatan.
" YAPEIM juga mengendalikan perkhidmatan pembiayaan mikro Ar-Rahnu YAPEIM dengan 203 cawangan di seluruh negara, yang telah memberikan pembiayaan berjumlah RM17.5 bilion kepada hampir sejuta penggadai sejak 2000 hingga Mac 2025," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami