awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.7 juta diperuntuk kepada mangsa banjir di Terengganu - Idris

Bernama
Bernama
07/03/2022
05:55 MYT
RM1.7 juta diperuntuk kepada mangsa banjir di Terengganu - Idris
Lebih 7,000 isi rumah yang terjejas banjir di negeri itu bakal menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk wang tunai dan barangan keperluan harian. - Gambar fail/Bernama
KEMAMAN: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui pelbagai agensi di bawahnya memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta bagi membantu penduduk Terengganu yang terjejas banjir baru-baru ini.
Menterinya Senator Datuk Idris Ahmad berkata, melalui peruntukan khas tersebut, lebih 7,000 isi rumah yang terjejas banjir di negeri itu bakal menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk wang tunai dan barangan keperluan harian.
"Bajet bantuan ini pula kita akan salurkan kepada agensi-agensi terlibat di negeri ini seperti Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu). Kemudian agensi-agensi ini akan agihkan kepada mangsa-mangsa banjir," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Tabung Musaadah Banjir Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), di Kampung Seberang Tayor Hulu, di sini hari ini.
Pada majlis tersebut Idris menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM300 dan barangan keperluan harian kepada 200 mangsa banjir di sekitar Kemaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Idris Ahmad
#mangsa banjir
#bantuan banjir
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan