awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2020
04:32 MYT
RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Setakat ini, Kementerian Utiliti Sarawak telah mencadangkan 322 projek bekalan air untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula 2021, kata Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. - Gambar Astro AWANI
KUCHING:Sarawak memperuntukkan RM18 billion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk melaksanakan projek-projek bekalan air di negeri itu, kata Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Stephen yang merupakan Menteri Utiliti Sarawak berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk mengerakkan empat skim utama bekalan air.
Menurutnya, empat skim berkenaan merangkumi pelan induk sistem bekalan air dan sistem grid air, Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS), projek memperluas sistem paip air serta program pengurusan air tidak berhasil (NRW).
"Menerusi empat skim ini ia melibatkan 322 projek bekalan air yang telah digariskan di bawah RMK-12," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Kementerian Utiliti Sarawak dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak di Menara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di Kuching baru-baru ini.
Tambah Stephen, suntikan dana itu seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk memastikan Sarawak mencapai matlamat liputan bekalan air 100 peratus di setiap pelusuk negerinya menjelang 2025.
Kata beliau, pelan yang akan dilaksanakan itu dapat menyelesaikan masalah bekalan air yang sering dihadapi penduduk khususnya di kawasan pesisir pantai.
Malah, dalam memperkasa sistem bekalan air di Sarawak, kerajaan negeri sedang membangunkan tenaga yang boleh diperbaharui.
"Apabila kita berbicara mengenai bekalan air, sumber ini juga boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
“Saya baharu sahaja pulang dari empangan Murum dan Bakun. Kedua-dua aset ini dapat menghasilkan kuasa sebanyak 5.8 megawatt bagi memenuhi keperluan di Sarawak. Antara usaha lain, termasuk menghasilkan tenaga hidrogen dalam menjana kuasa,” tambah beliau.
Dalam masa yang sama, kata Rundi Utom, pihak kementeriannya turut bercadang untuk menubuhkan sebuah entiti baharu dalam menyelia operasi dan pengurusan perkhidmatan bekalan air di Sarawak.
Topic Berkaitan
#Liputan bekalan air di Sarawak
#100 peratus bekalan air
#Kementerian Utiliti Sarawak
#Menteri Utiliti Sarawak
#Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom
#AWANI Sarawak
#projek bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan