awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
JANM jayakan semua projek di Kampung Angkat MADANI di Batu Pahat
LPPB bina 29,443 PAKR di Sabah sepanjang enam dekad - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari, RM52.48 bilion i-Sinar diluluskan - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
24/03/2021
08:45 MYT
RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari, RM52.48 bilion i-Sinar diluluskan - Tengku Zafrul
Mulai 8 Mac, 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan setakat 12 Mac, 2021 berbanding RM18.58 billion dan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Manakala, setakat 14 Mac, 2021, pengeluaran i-Sinar sebanyak RM52.48 bilion telah diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telahpun dikreditkan, katanya.
Tengku Zafrul berkata demikian semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-46 menerusi laman Facebook beliau, di sini, hari ini.
Menurutnya, mulai 8 Mac, 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.
"Perancangan persaraan adalah penting dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh KWSP secara percuma untuk tujuan ini," katanya.
Maklumat mengenai perkhidmatan percuma ini boleh didapati di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/retirement-advisory-service. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#i-lestari
#i-sinar
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Khidmat Nasihat Persaraan
#LAKSANA
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan