awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2.7 bilion untuk atasi masalah sekolah daif di Sarawak

Rohana Wahed
Rohana Wahed
07/09/2018
08:44 MYT
RM2.7 bilion untuk atasi masalah sekolah daif di Sarawak
Jelas Dr Maszlee, biarpun berbeza ideologi, komitmen kementeriannya untuk membantu rakyat Sarawak dalam bidang pendidikan tidak pernah berkurangan. - Foto Twitter Dr Maszlee Malik
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi menyelesaikan isu sekolah-sekolah daif di Sarawak.
Komitmen itu dinyatakan Menterinya, Dr Maszlee Malik yang menyifatkan pihaknya memandang serius isu itu khususnya di sekolah-sekolah yang terletak di luar bandar dan pedalaman.
"Kita telah menyediakan peruntukan untuk menangani isu sekolah daif dan kuarters daif. Untuk tahun ini sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk menangani isu tersebut," katanya.
Beliau ditemui pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Petra Jaya, Kuching hari ini.
Jelas Dr Maszlee, biarpun berbeza ideologi, komitmen kementeriannya untuk membantu rakyat Sarawak dalam bidang pendidikan tidak pernah berkurangan.
Kedua-dua pihak sebelum ini telah mengenal pasti 10,20 sekolah daif di seluruh Sarawak, dengan 451 daripadanya dikategorikan sebagai sangat daif.
Daripada 50 yang dalam proses bina semula oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun lalu pula, 29 mengalami kelewatan atas pelbagai masalah.
Topic Berkaitan
#bilion
#Dr Maszlee Malik
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#KPM
#luar bandar
#pedalaman
#RMK-11
#Sarawak
#Sekolah daif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan