awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
06/02/2025
12:45 MYT
RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa berusia 68 tahun yang bekerja sebagai perunding itu tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Beliau berkata mangsa kemudiannya ditawarkan empat jenis pelaburan berbeza dan membuat 48 transaksi pembayaran dari Oktober 2024 hingga Januari 2025 berjumlah RM2,821,654 ke 23 akaun bank berbeza iaitu lapan akaun Hong Leong Bank, CIMB (empat), RHB Bank (tiga), BSN (dua), Affin Bank (dua), GX Bank (dua) dan masing-masing satu Public Bank dan Maybank," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ramli berkata mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan polis selepas menyedari tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan, sebaliknya terus diminta membuat bayaran tambahan bagi 'mencairkan' keuntungan dalam aplikasi pelaburan yang digunakan.
"Satu laporan polis telah diterima pada 27 Jan lepas di Kota Kinabalu, Sabah dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
"Kami (polis) menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat. Pastikan pelaburan yang diceburi adalah sah dan berdaftar dengan pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#pelaburan tidak wujud
#JSJK Bukit Aman
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan