awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM29.81 bilion kutipan GST sehingga 30 September 2017

Hilal Azmi
Hilal Azmi
25/10/2017
04:54 MYT
RM29.81 bilion kutipan GST sehingga 30 September 2017
OTHMAN: Aduan berhubung GST yang diterima Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengalami pengurangan bagi tahun 2016 berbanding 2015. - Gambar fail
Jumlah hasil bersih kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 Januari 2017 hingga 30 September 2017 adalah sebanyak RM29.81 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2017, unjuran untuk tahun ini adalah sebanyak RM40 billion.
Jelasnya, usaha mengutip GST berdepan pelbagai cabaran namun usaha menambah kefahaman peniaga dan rakyat kini berada pada tahap optimum.
"Aduan yang diterima Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengalami pengurangan bagi tahun 2016 berbanding 2015.
"Untuk tahun 2016, 1,235 aduan sahaja berbanding tahun 2015 yang mencatatkan sebanyak 6,830 aduan.
"Jumlah aduan dilihat semakin berkurangan bagi tahun 2017 sehingga 24 Julai lalu, hanya 185 aduan diterima.
"Peningkatan berterusan dari segi pemahaman dan penerimaan GST dalam kalangan masyarakat disumbangkan oleh program publisiti dan kesedaran yang dijalankan secara inklusif oleh kerajaan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Jelas beliau lagi, pelbagai inisiatif digerakkan bagi memastikan pengikraran dibuat dengan maklumat yang lengkap dan tepat serta pembayaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#GST
#Hasil GST
#Kastam Diraja Negara Malaysia
#Othman Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan