Sebuah bank di sini kerugian RM300,000 selepas mesin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di premis itu diletupkan penjenayah.
Dalam kejadian 5.45 pagi itu, dua suspek bertindak meletupkan pintu bank dan mesin ATM dengan menggunakan bom buatan sendiri sebelum melarikan wang tunai.
Kejadian disedari orang awam yang menghubungi polis.
Ketua Polis Kubang Pasu Superitenden, Abd Rahim Abdullah memaklumkan siasatan awal mendapati suspek menggunakan bom paip sepanjang satu kaki.
Bom tersebut diselit di bahagian pengeluaran wang di ATM terbabit selepas suspek mengopak bahagian atas dan bawah mesin dengan menggunakan besi.
Polis menemui wang tunai sejumlah RM600 yang bertaburan di atas lantai.
Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry.
Tindak-tanduk dua suspek itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Menurut Abd Rahim, modus operandi yang dilakukan mirip beberapa kejadian sebelum ini.
Polis kini meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti suspek.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat menggunakan bahan api.
Astro Awani
Tue Apr 26 2016
Kejadian berlaku jam 5.04 minit pagi disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
RM300,000 lesap mesin ATM diletup di Jitra
Kejadian berlaku jam 5.04 minit pagi disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.