awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SJKP sasar bantu lebih 100,000 individu miliki rumah tahun ini
Audi perkenalkan kereta perlumbaan untuk musim debut F1
Parlimen: Dua timbalan menteri kena tegur kerana berborak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM335,000 kompaun dikenakan, Johor tubuh jawatankuasa khas tangani pembuangan sampah

Bernama
Bernama
19/08/2025
20:30 MYT
RM335,000 kompaun dikenakan, Johor tubuh jawatankuasa khas tangani pembuangan sampah
Ling berkata pelbagai pelan tindakan telah dirangka termasuk memperhebat kempen kesedaran serta aktiviti antipembuangan sampah. - Foto Facebook Ah Soon
JOHOR BAHRU: Sebanyak 2,058 saman dengan kompaun bernilai lebih RM335,000 berkaitan kesalahan membuang sampah telah dikeluarkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor dari awal tahun ini hingga Julai lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata kerajaan negeri serius dalam menangani masalah pembuangan sampah yang telah lama membelenggu termasuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan kerjasama pelbagai agensi.
"Di bawah titah arahan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memperkukuh penguatkuasaan dan membanteras perbuatan membuang sampah secara haram," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Ling berkata pelbagai pelan tindakan telah dirangka termasuk memperhebat kempen kesedaran serta aktiviti antipembuangan sampah.
Beliau berkata pelaksanaan penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan beberapa agensi akan turut dijalankan bagi memastikan orang ramai mematuhi undang-undang dan memelihara kebersihan alam sekitar.
"Kita berharap melalui pelbagai pendekatan ini, masyarakat akan lebih sedar hukuman yang bakal menanti mereka...sekiranya mereka melakukan pembuangan sampah merata-rata di kawasan awam yang menjejaskan alam sekitar serta sistem saliran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ling Tian Soon
#pbt
#saman
#jawatankuasa khas
#sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan