KEPALA BATAS: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM57.695 juta untuk pembangunan fasiliti dan prasarana kebombaan ke arah memperkasakan Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan itu merupakan Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi 2024.
Beliau berkata daripada jumlah itu, RM10 juta diluluskan bagi projek sambungan pembinaan Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Subang melibatkan bangunan pentadbiran, hangar, sektor logistik, bengkel kejuruteraan, heliport, stesen bahan api pesawat dan kemudahan lain.
"Sejumlah RM1.2 juta diperuntukkan bagi projek sambungan perolehan peralatan khas menyelamat helikopter melibatkan 10 unit payung terjun dan satu set Underslung Tactical Rescue Platform, manakala RM46.495 juta lagi untuk projek fizikal penyelenggaraan helikopter dan aircraft refueller.
"KPKT sentiasa mengambil cakna akan pembangunan fasiliti dan prasarana yang berkaitan dengannya, justeru penambahbaikan ini diharap dapat meningkatkan fungsi dan peranan penting Bahagian Udara dan Pangkalan Udara JBPM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pangkalan Udara Wilayah Utara dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Bahagian Udara JBPM di Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin.
Akmal Nasrullah berkata selain pembinaan prasarana, KPKT juga dalam proses memohon perolehan empat unit helikopter baharu masing-masing dua unit bagi pelaksanaan penerbangan Emergency Medical Air Rescue Services (EMARS) dan dua unit lagi untuk penggantian bagi kegunaan JBPM.
Bagaimanapun, katanya perkara itu masih dalam proses melaksanakan kajian analisis kos dan manfaat sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Abdul Wahab berkata Pangkalan Udara Bertam kini dikenali sebagai Pangkalan Udara Wilayah Utara dibina di atas tapak berkeluasan 16 hektar dan menelan belanja RM30.5 juta.
Beliau berkata pangkalan yang siap dibina pada 2009 itu dilengkapi dengan bangunan hangar terdiri daripada ruang pentadbiran dan operasi penerbangan, ruang kemudahan operasi unit udara, hangar pesawat, ruang pengurusan kejuruteraan pesawat, ruang pengurusan Pasukan Multiskills (MUST), JBPM dan kemudahan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
Akmal Nasrullah berkata peruntukan itu merupakan Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi 2024. - Gambar fail
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran di Sungai Buloh
Seorang anggota bomba cedera ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di kawasan perumahan Rancangan Rumah Murah Kuang, Sungai Buloh.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.