awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM6.6 juta pembiayaan Tekun kepada usahawan Orang Asli sejak 2008 - Ewon

Bernama
Bernama
19/08/2023
12:06 MYT
RM6.6 juta pembiayaan Tekun kepada usahawan Orang Asli sejak 2008 - Ewon
Datuk Ewon Benedick berkata peruntukan itu disalurkan melalui Skim Pembiayaan Orang Asli agensi berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
SLIM RIVER: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional telah menyalurkan sejumlah RM6.6 juta pembiayaan kepada usahawan Orang Asli di negara ini sejak 2008.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata peruntukan itu disalurkan melalui Skim Pembiayaan Orang Asli agensi berkenaan.
"Pada tahun ini sahaja sebanyak RM502,000 telah disalurkan melibatkan 26 penerima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Asal dan Karnival Usahawan dan Koperasi Orang Asal Perak anjuran bersama KUSKOP dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di sini hari ini.
Ewon berkata kerajaan akan terus menyalurkan bantuan modal perniagaan kepada golongan Orang Asli negara ini yang berpotensi dalam perniagaan.
Katanya, mana-mana permohonan yang dianggap berpotensi dan menepati syarat akan segera diluluskan.
Sementara itu, Ewon berkata program yang diadakan di Kampung Orang Asli Ulu Rasau itu ialah sebagai platform kepada usahawan dan koperasi Orang Asli mempromosikan produk mereka serta inisiatif kementerian dan agensi di bawahnya menyalurkan informasi kepada golongan itu sekali gus memberi peluang latihan, perniagaan dan penyampaian maklumat.
Program yang juga kolaborasi dengan Persatuan Orang Asli Perak itu secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan golongan itu berkaitan koperasi.
Di majlis sama Ewon menyampaikan sejumlah RM292,000 pembiayaan Tekun kepada 14 usahawan Orang Asli dan RM30,000 sumbangan daripada IKMa kepada Persatuan Orang Asli Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuskop
#usahawan Orang Asli
#TEKUN Nasional
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan