awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM70 juta pinjaman MARA untuk usahawan automotif - Mahdzir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/10/2021
10:47 MYT
RM70 juta pinjaman MARA untuk usahawan automotif - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid mendengar taklimat mengenai operasi di Pusat Servis Perniagaan Mazlan dan Hashimah (PMH) Alor Setar, pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan sebanyak RM70 juta bagi memberi pinjaman kepada 48 usahawan dalam bidang automotif di seluruh negara sejak 2013.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, menerusi program MARA Integrated Smart Auto (MISA), setiap usahawan boleh mendapatkan tawaran had pembiayaan maksimum sebanyak RM1 juta mulai 2019 berbanding maksimum RM5 juta sebelum itu (sejak 2013).
Menurut beliau, ekosistem lengkap MARA dalam membangunkan industri automotif bermula dengan pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang menyediakan program automotif dalam pelbagai peringkat sehinggalah kepada penyediaan fasiliti keusahawanan antaranya merangkumi latihan, bantuan pembiayaan dan khidmat nasihat.
Malah, katanya, skim pembiayaan khas bagi usahawan automotif melalui MISA juga disediakan khusus untuk para usahawan mengembangkan perniagaan dan menaik taraf bengkel.
“Pakej latihan dan keusahawanan ini akan diteruskan lagi dan bukan setakat meneruskan Latihan (bahkan) MARA juga menyediakan sumber kewangan yang boleh dibuat pinjaman untuk membolehkan usahawan ini bergerak ke hadapan,” kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Servis Perniagaan Mazlan dan Hashimah (PMH) Sdn Bhd di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, beberapa program khas turut dibangunkan bagi memantapkan lagi usahawan dalam bidang berkenaan.
Antara program itu, kata beliau ialah, Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA PETRONAS (PIMP), program khas Auto Glass Expert (AGE) dan pelbagai program keusahawanan yang menyasarkan pengembangan perniagaan dan industri automotif.
Mahdzir berkata, MARA juga menyediakan pelbagai bantuan termasuk untuk pembelian peralatan, modal pusingan, pengubahsuaian bengkel serta menyediakan siri latihan peningkatan perniagaan.
Katanya, MARA akan terus komited untuk membantu usahawan-usahawan yang berminat untuk mengembangkan sayap perniagaan masing-masing agar lebih berdaya saing dan maju.
Topic Berkaitan
#MARA
#usahawan automotif
#pinjaman
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan