KUALA LUMPUR: Langkah meperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam, akan ditumpu kepada menambah baik usaha mencegah jenayah, membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, serta mengekang pemerdagangan manusia.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, pengurusan dan operasi penjara juga akan ditambah baik bagi program koreksional dan pemulihan yang lebih berkesan.
Selain itu, langkah menambah baik respons dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan, serta pembelaan terhadap kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penguatkuasa juga akan dibela.
Menambah Baik Usaha Mencegah Jenayah
Menurut RMK-12, Kerajaan akan mempergiatkan pelaksanaan pelbagai program melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CSO, sektor swasta, dan rakyat.
Program PDRM Omnipresence termasuk URB dan MPV akan dipertingkat, manakala program Community Policing akan diperkukuh termasuk melalui kerjasama dengan CSO, sektor swasta, dan komuniti setempat.
“Program Bandar Selamat yang mengandungi elemen reka bentuk persekitaran dalam pencegahan jenayah seperti pemasangan lampu jalan, cermin keselamatan anti jenayah dan kamera litar tertutup akan diteruskan.
“Kerjasama erat antara agensi penguatkuasa, ATM, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan komuniti akan dipertingkat untuk perkongsian maklumat yang lebih berkesan bagi mengurangkan jenayah dan kekacauan,” menurut dokumen itu lagi.
Selain itu RMK-12 turut menggariskan pelan tindakan nasional bagi mencegah dan memerangi keganasan ekstremisme, sebagai panduan untuk memastikan tindak balas pantas terhadap ancaman berkaitan.
Perkongsian rangkaian dan maklumat dengan agensi dalam dan luar negara, termasuk syarikat telekomunikasi akan diperkukuh bagi membendung pergerakan pengganas.
Selain itu, Kerajaan juga akan membangunkan platform perkongsian bersepadu antara ATM dan agensi penguatkuasaan lain bagi menambah baik keberhasilan penyiasatan jenayah siber.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan
Membanteras Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah
Kerajaan bakal menyemak semula undang-undang berkaitan dadah, bagi memperluas definisi dadah dan bahan terlarang, termasuk NPS dan ketum.
Selain itu, menurut RMK-12, kerajaan juga akan meminda peruntukan undang-undang berkaitan supaya penagih dadah yang tidak terlibat dengan jenayah, tidak disenaraikan dalam daftar penjenayah dan orang yang tidak diingini.
“Ini memberi peluang kedua kepada bekas penagih untuk mendapatkan pekerjaan. Pengawasan serta operasi bersepadu dan selaras oleh agensi penguatkuasaan akan dipergian bagi membanteras pengedaran dadah,” menurut dokumen itu lagi.
Membendung Pemerdagangan Orang
Kerajaan akan menerima pakai pendekatan menyeluruh dalam mebendung pemerdagangan orang, bagi memastikan layanan adil dan saksama kepada mangsa.
Menurut RMK-12, pendekatan itu merangkumi pencegahan dan pendakwaan pemerdagangan orang, selaras dengan United Nations Convention against Transnational Organized Crime (Palermo Protocol).
“Indikator menyeluruh akan dibangunkan untuk mengenalpasti mangsa dan melapor aktiviti pemerdagangan orang.
“Kerjasama strategik dengan CSO dan pertubuhan antarabangsa akan diperkukuh untuk menjaga dan melindungi mangsa dengan lebih baik,” menurut dokumen itu lagi.
Menambah Baik Undang-undang Mengenai Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Dalam tempoh RMK-12, Kerajaan akan meminda beberapa undang-undang bagi memastikan kesesuaian dan keberkesanan bagi meningkatkan keselamatan, dan ketenteraman awam.
Menurut dokumen tersebut, ia termasuk undang-undang berkaitan jenayah merangkumi Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012; Akta Pencegahan Keganasan 2015; dan Kanun Keseksaan 1957.
Selain itu, Akta Hasutan 1948 dan Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 turut akan disemak semula.
Firdaus Azil
Mon Sep 27 2021
Tumpuan ke arah usaha mencegah jenayah, membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, serta mengekang pemerdagangan manusia. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
7 ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Petaling Jaya
Operasi bermula 11 malam Ahad hingga 3 pagi tadi melibatkan pemeriksaan ke atas 375 pengguna jalan raya dengan 360 kenderaan.