awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK11: Indeks gaji perlu ada penguatkuasaan - Pakar

Syafique Shuib
Syafique Shuib
21/05/2015
15:35 MYT
RMK11: Indeks gaji perlu ada penguatkuasaan - Pakar
Cadangan Indeks Gaji Nasional disambut baik kerana para pekerja perlu dibayar berdasarkan kelayakan, kemahiran dan produktiviti.
Indeks gaji yang akan diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini perlu ada penguatkuasaan agar pekerja-pekerja terlatih akan terus mendapat gaji yang setimpal.
“Ia adalah satu cadangan yang baik bagi pekerja terlatih dan mahir. Namun ia memerlukan satu penguatkuasaan agar mendapat kepastian yang pekerja-pekerja terlatih akan dibayar dengan setimpal mengikut kelayakan, kemahiran dan produktiviti,” kata Profesor di Jabatan Pentadbiran Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Junaidah Hashim kepada Astro AWANI.
Katanya, Indeks Gaji Nasional (NWI) boleh menjadi garis panduan kepada para majikan dan juga pekerja.
“Dari situ, seorang pekerja boleh menilai adakah mereka dibayar lebih rendah, tinggi atau setimpal mengikut industri dan kemahiran masing-masing.
“Sebelum ini majikan pun mungkin memberikan gaji berdasarkan jumlah yang ingin diberi, namun dengan indeks ini, mereka mempunyai satu garis panduan,” katanya.
Junaidah turut berkata bahawa apabila Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi, indeks berkenaan boleh menjadi penanda aras dengan negara-negara lain.
“Apabila kita sudah ada indeks ini, kita boleh membuat perbandingan dengan negara-negara lain. Ia boleh menjadi satu penanda aras.
“Selain itu, dengan negara yang mahu mencapai status negera maju pada tahun 2020, ia perlu indeks yang telus dan satu sistem yang boleh diguna pakai,” katanya.
Sementara itu, Najib turut berkata sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu akan diwujudkan melalui RMK11, 60 peratus daripadanya memerlukan kelayakan berkaitan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Tambah Najib, RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta pada tempoh Rancangan yang lalu.
“Graduan TVET tidak akan ada masalah mencari pekerjaan. Peluang pekerjaan itu akan ada, malah mungkin akan ada lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.
“Apabila peluang pekerjaan ada, ia perlu setimpal dengan gaji yang diterima. Itu kerana indeks berkenaan begitu penting. Peluang pekerjaan dan gaji perlu sejajar,” kata Junaidah.
Topic Berkaitan
#Junaidah Hashim
#Najib Tun Razak
#Rancangan Malaysia Kesebelas
#RMK11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan