awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK11: Pemacu terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2015
15:51 MYT
RMK11: Pemacu terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020
Pelan yang bertemakan 'pertumbuhan berpaksikan rakyat' ini merupakan satu pelan strategik yang menggariskan komitmen Kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), 2016-2020 yang sarat dengan teras strategik dan pemacu perubahan yang akan merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara maju dan inklusif.
RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
Wawasan yang dilancarkan pada tahun 1991 itu menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020.
Susulan daripada pencapaian pembangunan cemerlang dalam tempoh separuh dekad lalu, RMK11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan yang bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
RMK11 berteraskan prinsip Bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.
Penyediaan RMK11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi, boleh dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada Kerajaan.
Ekonomi berasaskan modal merujuk kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri KAsar (KDNK), perniagaan besar, projek pelaburan besar dan pasaran kewangan, manakala ekonomi berteraskan rakyat lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat, termasuk peluang pekerjaan, perniagaan kecil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga dan penyertaan masyarakat.
Sehubungan ini, RMK11 merupakan satu pelan strategik yang melakar perjalanan pembangunan masa hadapan malaysia yang selaras dengan impian rakyat dan dapat menikmati hasil pembangunan yang sepatutnya.
Pelan yang bertemakan “pertumbuhan berpaksikan rakyat” ini merupakan satu pelan strategik yang menggariskan komitmen Kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Topic Berkaitan
#Rancangan Malaysia ke-11
#RMK11
#teras strategik
#Wawasan 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan