KUALA LUMPUR: Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 meningkat kepada AS$81.6 bilion, daripada AS$80.5 bilion tahun lepas.
Senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes 2023 itu juga mendapati, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar yang lebih sederhana tahun ini, setelah meningkat 8.7 peratus pada tahun 2022 berikutan pemulihan perbelanjaan pengguna dalam negara.
Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.
Pengasas kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok yang akan berusia 100 tahun pada Oktober ini masih menduduki tempat pertama orang terkaya di Malaysia, kedudukan yang dipegangnya selama lebih suku abad dengan jumlah kekayaan AS$11.8 bilion.
Di tangga kedua, Pengerusi Syarikat Hong Leong (Malaysia) Tan Sri Quek Leng Chan meraih keuntungan tinggi dalam dolar dan menduduki tempat kedua individu terkaya Malaysia dengan kekayaan terkumpul sebanyak AS$10.2 bilion.
Secara keseluruhan, 19 kekayaan meningkat dan hampir separuh turun.
Walaupun berada dalam kategori kedua, tokoh logam Koon Poh Keong dan adik-beradiknya kekal di tempat ketiga.
Gabungan kekayaan mereka sebanyak AS$5.8 bilion dilaporkan turun hampir 7 peratus daripada tahun lalu, sejajar dengan kejatuhan saham syarikat mereka Press Metal Aluminium Holdings Bhd.
Mengambil tempat keempat ialah Ananda Krishnan dari Maxis, yang nilai bersihnya meningkat AS$400 juta kepada AS$5.4 bilion.
Forbes berkata antara yang mendapat untung besar dalam senarai tahun ini ialah duo bapa dan anak Yaw Teck Seng dan Chee Ming, yang mengawal syarikat kayu balak, Samling.
Kekayaan mereka meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada AS$1.25 bilion, berdasarkan maklumat baharu tentang aset persendirian mereka.
Bekas guru matematik Chia Song Kun di kedudukan nombor 10 dengan kekayaan AS$1.8 bilion apabila syarikat makanan laut keluarganya QL Resources Bhd,mencatatkan peningkatan hampir 20% dalam saham syarikat.
Forbes berkata lima muka baharu dalam senarai tahun ini iaitu usahawan hartanah Chiau Beng Teik (No. 29, AS$665 juta), pengasas Kumpulan Chin Hin dan Yu Kuan Chon yang juga merupakan seorang doktor perubatan yang menguruskan YNH Property (No. 39, AS$430 juta),.
Kekayaan ahli bank veteran mendiang Tan Sri Teh Hong Piow yang merupakan pengasas Public Bank Bhd, yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu, kini disenaraikan di bawah anak-anaknya, adik-beradik Teh (No. 5, AS$5.2 bilion).
Ini senarai antara 10 individu terkaya Malaysia:
1) Robert Kuok; AS$11.8 billion;
2) Tan Sri Quek Leng Chan; AS$10.2 billion;
3) Koon Poh Keong & siblings; AS$5.8 billion;
4) Ananda Krishnan; AS$5.4 billion;
5) Teh siblings; AS$5.2 billion;
6) Lee Yeow Chor & Yeow Seng; AS$4.6 billion;
7) Dr Chen Lip Keong; AS$2.8 billion;
8) Tan Sri Lim Kok Thay; AS$2.3 billion;
9) Tan Yu Yeh & Yu Wei; AS$1.9 billion;
10) Chia Song Kun; AS$1.8 billion.
Astro Awani
Thu Jun 01 2023
Tan Sri Robert Kuok yang akan berusia 100 tahun pada Oktober ini masih menduduki tempat pertama orang terkaya di Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.