ROBLOX merupakan salah satu permainan dunia maya yang popular, dan dimainkan ramai kanak-kanak seluruh dunia.
Ia turut membolehkan pengguna membangunkan dunia maya tersendiri, mencipta permainan dalam permainan, atau menganjurkan konsert maya melaluinya.
Sebelum ini juga, kita melihat ramai anak muda menyertai perarakkan dan menyatakan solidariti kepada Palestin melalui Roblox.
Terbaharu Roblox umum kerjasama dengan PubMatic, salah satu firma memfokuskan teknologi pengiklanan, dalam membawa pengiklanan dalam permainan popular berkenaan.
Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pelbagai jenama untuk kelak membeli iklan, dan paparkan ia kepada para pemain berusia 13 tahun dan ke atas.
Langkah pengiklanan ini akan membuka sumber pendapatan baharu – dan tidak hanya terhad kepada jenama perlu membuka dunia maya mereka tersendiri, selain menjual barangan maya serta mengadakan acara khas.
Dengan penawaran pengiklanan, ia dijangka akan dipaparkan pada papan pengiklanan dalam dunia maya berkenaan, dan tidak mengganggu pengalaman permainan.
Kerjasama Roblox baharu ini akan memudahkan proses pembelian iklan, serta menghubungkan pelbagai pengiklan ke platform Roblox. -Amanz
Amanz
Fri Apr 12 2024
Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pelbagai jenama untuk kelak membeli iklan, dan paparkan ia kepada para pemain berusia 13 tahun dan ke atas. -Amanz
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Cuba ceroboh istana, dua individu dipenjara dua bulan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, dalam kejadian 7 Mei lepas.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.
Amerika Syarikat tiada kaitan dengan nahas helikopter Presiden Iran
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Isnin berkata, beliau tidak tahu secara mendalam tentang punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi.
Tambahnya, beliau tidak melihat sebarang kesan yang lebih luas terhadap keselamatan serantau dan tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai punca nahas itu.
Tambahnya, beliau tidak melihat sebarang kesan yang lebih luas terhadap keselamatan serantau dan tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai punca nahas itu.
Ratusan pelajar keluar dari majlis graduasi Universiti Yale
Ratusan pelajar pada Isnin keluar dari majlis graduasi Universiti Yale sebagai sebahagian daripada protes pro-Palestin.
Beberapa graduan Yale dilihat memegang sepanduk yang menuntut gencatan senjata kekal di Gaza serta penamatan bantuan ketenteraan A.S. untuk Israel.
Beberapa graduan Yale dilihat memegang sepanduk yang menuntut gencatan senjata kekal di Gaza serta penamatan bantuan ketenteraan A.S. untuk Israel.
Rakyat Gaza marah permintaan ICC tangkap tiga pemimpin Hamas
Penduduk Gaza marah dengan permintaan mahkamah jenayah antarabangsa pada Isnin untuk menangkap tiga pemimpin Hamas.
Mereka berkata, mangsa peperangan dijadikan seakan-akan pembunuh dan seorang lagi penduduk Gaza berkata, adakah salah sekiranya mereka mempertahankan rumah mereka daripada penceroboh.
Mereka berkata, mangsa peperangan dijadikan seakan-akan pembunuh dan seorang lagi penduduk Gaza berkata, adakah salah sekiranya mereka mempertahankan rumah mereka daripada penceroboh.
Kekejaman zionis: Biden sifatkan waran tangkap ICC keterlaluan
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyelar permohonan pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi mendapatkan waran tangkap terhadap pegawai kanan Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan menyifatkan tindakan itu sebagai "keterlaluan".