KUALA LUMPUR: Malaysia menepati ramalan melangkah ke peringkat suku akhir dengan bergaya, selepas merakam kemenangan kedua dengan mengalahkan Brunei 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini, malam tadi.
Pasukan negara dibarisi gandingan Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A'ripin mudah mencatat kemenangan 15-9, 15-11 ke atas Brunei, yang mempertaruhkan Muhammad Azri Awang Abdul Harith, Mohamad Efiezul Haqim Murah dan Muhamad Basyiruddin Kamis.
Pada perlawanan itu, pemain negara Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik, yang dialaminya sejak Ahad.
Kemenangan itu membolehkan Malaysia dibimbing Ahmad Jais Baharun muncul juara kumpulan, sementara Brunei kendalian bekas ketua jurulatih kebangsaan Abd Talib Ahmad, terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.
Di pentas suku akhir pagi ini, Malaysia akan bertemu naib juara Kumpulan D Korea Selatan, sementara Brunei akan berdepan pasukan gergasi sepak takraw dunia, Thailand yang mengungguli saingan kumpulan D.
"Sebenarnya dalam setiap perlawanan bila masuk dalam gelanggang kami nak menang, itu yang kami terapkan dalam diri. Kami akan pulun esok, gemuruh tetap akan ada tapi kami akan kurangkan selain perlu lebih fokus ketika bertahan dan servis," kata Muhammad Noraizat.
Mengulas mengenai rakan sepasukannya yang mengalami gastrik, beliau berkata: "Sebenarnya dia (Aidil Aiman) tak sihat sebab suspek gastrik, dia ada makan ubat tahan sakit dan lawan rasa sakit tu dan hari ini dia bagi tahu sakit berkurang."
Namun, Muhammad Noraizat tidak melihat situasi itu akan menjejaskan aksi Malaysia, menentang Korea Selatan dalam misi mencapai sasaran ke final.
Dalam pada itu, Ahmad Jais berkata masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam pasukan double negara menjelang pertembungan dengan Korea Selatan dan aksi seterusnya jika berjaya layak.
"Dari segi persembahan apa yang perlu diperkemas team double, dari segi kawalan bola, servis dan komunikasi dalam gelanggang, itu tiga elemen penting sebab dalam acara ini tak boleh tinggal mata agak jauh, sebab agak sukar untuk dapatkan mata melalui servis," katanya.
Sementara itu, dalam acara sama, Vietnam muncul juara Kumpulan B selepas mengatasi India 2-1 (17-16, 15-17, 17-15) dalam perlawanan terakhir kumpulan, sekali gus terlepas daripada membuat perhitungan dengan Myanmar yang menunjukkan prestasi memberangsangkan pada kempen kali ini.
Vietnam akan bertemu naib juara Kumpulan C iaitu Indonesia, sementara Myanmar selaku juara Kumpulan C akan bertemu India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Aksi Muhammad Noraizat (kiri) ketika menentang pasukan Brunei dalam kategori beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, 20 Mei 2024. --fotoBERNAMA

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

USM perkasa industri madu kelulut menerusi kajian klinikal dan kerjasama strategik
USM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri madu kelulut negara.
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sepak takraw mampu tarik lebih banyak penaja - Hannah Yeoh
Sukan sepak takraw sangat luar biasa daripada segi permainan dan bakal berkembang pesat serta meningkatkan tahap prestasi pada masa akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan.

Sepak takraw Malaysia punya masa depan cerah - Mohd Sumali
Skuad sepak takraw negara mempunyai masa depan yang cerah susulan aksi cemerlang dengan meraih dua pingat emas dan dua perak di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 yang melabuhkan tirainya semalam.

Selagi tak mati, patah tangan, selagi itu terus berjuang - Azlan
"Saya tak boleh lihat kawan saya 'sakit' dan saya tetap tahan juga."

Piala Asia: Ahmad Jais akui regu berpasukan negara belum cukup kuat
Beliau akan membuat penilaian penuh bagi memastikan skuad negara dapat menewaskan seteru utama itu pada kejohanan yang akan datang.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia cipta sejarah juara kuadran
Malaysia mencipta sejarah muncul juara acara kuadran selepas menewaskan Jepun pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia belum mampu jinakkan Thailand
Skuad negara terpaksa bergelut dengan keampuhan gandingan Boonkoom Tipwong dan Sirisak Anuloon dalam gelanggang.

Piala Asia 2025: Lebih 80 peratus pemain skuad juara Piala Dunia dikekalkan - PSM
Keputusan itu dilakukan bagi memastikan kesinambungan prestasi cemerlang skuad negara selain memperkukuh kombinasi sedia ada.

Piala Asia ASTAF 2025 peluang Khairul Aman bukti bukan lagi 'budak hingusan'
Khairul Aman diharap akan memanfaatkan pengalamannya yang beraksi di pentas Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) musim lalu sebaik mungkin.

Sepak takraw Piala Asia 2025: Malaysia jangkakan cabaran lebih sengit
Malaysia menjangkakan cabaran lebih sengit bakal dihadapi pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025.