Penduduk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, di sini mahu dua blok kondominium terbiar Highland Towers dirobohkan selepas ia menjadi sarang penjenayah dan penagih dadah.
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay Hillview Datuk Siti Hendon Chik, yang mewakili lebih daripada 1,000 penghuni di kedua-dua taman perumahan itu berkata, penduduk sebulat suara mahukan dua blok 12 tingkat berkenaan dirobohkan selepas satu bloknya runtuh 23 tahun lepas.
Selagi bangunan kosong itu dibiarkan, ia menjadi lokasi terbaik untuk penjenayah dan penagih dadah bersembunyi, katanya.
Beliau turut memberi amaran penduduk akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah kerana enggan merobohkan bangunan itu bagi memastikan keselamatan penghuni di situ berikutan terdapat kemungkinan masih ada penjenayah bersembunyi di sana.
"Tolong lakukan sesuatu..." rayunya ketika ditemui Bernama di kediamannya.
Kira-kira 23 tahun lepas, satu daripada tiga blok Highland Towers runtuh, dan penghuni dua blok lain dipindahkan dan dikosongkan sehingga kini dan telah menjadi persembunyian penjenayah dan penagih dadah.
Pada 12 April lalu, polis menembak mati tiga daripada enam penjenayah yang dipercayai perompak, dalam serbuan yang dilakukan di satu daripada blok kondominium itu.
Insiden itu menambahkan kebimbangan penduduk di kawasan sekitarnya.
Apa yang lebih meresahkan adalah tiga daripada penjenayah berkenaan berjaya meloloskan diri daripada serbuan itu.
Siti Hendon berkata insiden tembakan itu mencetuskan rasa takut dalam kalangan penduduk di situ.
Katanya, beliau juga hampir menjadi mangsa penjenayah apabila beberapa perompak cuba memasuki rumahnya dua tahun lepas.
"Mujur, pengawal keselamatan saya nampak dua lelaki sedang mengintai di beranda. Perompak itu kemudian melarikan diri," katanya.
Sementara itu, Datuk Dr Mohinder Singh, 78, yang rumahnya terletak hampir dengan pintu masuk utama ke kondominium berkenaan, turut bersependapat dengan Siti Hendon, dan meminta pemilik tanah berkenaan merobohkan baki dua blok tersebut.
Katanya, dua blok terbiar itu mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk berhampiran dan berharap pemilik tanah berkenaan dapat mengambil tindakan pantas untuk merobohkannya.
"Tempat itu adalah satu gangguan untuk kami kerana ia menarik perhatian penagih dadah dan perompak. Bagaimana kami boleh rasa selamat?
"Sudah 23 tahun sejak insiden itu (bangunan runtuh). Mereka mahu runtuhkan baki blok yang ada tapi sehingga ke hari ini, bangunan itu masih ada," katanya.
Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Abd Hamid Hussain berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan bank yang memiliki tanah itu untuk membincangkan isu berkenaan.
Katanya mesyuarat dijangka diadakan minggu ini dan berharap dapat mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan penduduk sekitar.
Ditanya sama ada MPAJ akan memaksa pemilik tanah merobohkan bangunan itu, Abd Hamid berkata ia tidak mungkin dilakukan kecuali ada bukti kukuh bangunan tersebut tidak selamat dan mungkin roboh.
Beliau meminta penduduk untuk bersabar sehingga pemilik tanah mencapai keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan itu atau sebaliknya.
Usaha Bernama mendapatkan bank itu sejak Khamis lepas ternyata sia-sia.
Tinjauan Bernama di tapak lokasi mendapati orang ramai bebas menceroboh kawasan Highland Towers. Pagar hadapannya sudah rosak dan dipotong seakan menjadi pintu kecil untuk dilalui sesiapa sahaja.
Selain itu, bangunan di situ juga tidak mempunyai pagar, menjadikannya lebih mudah diceroboh terutama melalui kawasan hutan dan belukar.
Kira-kira 500 meter dari bangunan itu terdapat kawasan perumahan yang menjadikannya sasaran mudah oleh penjenayah yang bersembunyi di sana.
Bernama
Sat Apr 23 2016
Penduduk mahu dua blok kondominium terbiar Highland Towers dirobohkan selepas ia menjadi sarang penjenayah dan penagih dadah. - Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN
MPAJ telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.
Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View mengalu-alukan rancangan tersebut.
KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers yang terbiar sejak 27 tahun lalu.
Kerajaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Tower untuk dibangunkan semula
Menteri Besar Selangor memberitahu ada menerima surat daripada KPKT mengenai isu pembangunan semula Highland Towers pada bulan lepas.
KPKT harap proses pengambilan tanah Highland Towers dipercepat
Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata proses libat urus bersama semua pihak berkepentingan sudah selesai namun ada sebahagian penduduk yang tidak sempat menyatakan persetujuan secara rasmi.
Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida
Pihak pemaju Highland Towers juga telah menyuarakan hasrat untuk menyalurkan dana berjumlah RM2 juta bagi membiayai kerja perobohan tersebut.
Kawasan Highland Towers perlu lebih kajian sebelum dibangun semula
Lebih pemantauan terperinci diperlukan sebelum kawasan runtuhan Highland Towers yang terbengkalai sejak 25 tahun lalu, boleh dibangunkan semula.
Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers
Kenyataan Zuraida Kamaruddin yang mahu 'membersihkan' Highland Towers dilihat satu langkah terbaik dalam memberi wajah baru lokasi itu terutama kepada penduduk di Ampang
Kerja perobohan kondominium Highland Towers bulan depan
Jawatankuasa telah pun mengenal pasti kesemua pemilik unit kondominium berkenaan, dan langkah seterusnya ialah berkaitan hal insolvensi.
'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'
Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin memberi pemilik rumah PPR tiga bulan dari hari ini untuk mengosongkan rumah mereka daripada penyewa warga asing.