HULU KELANG: Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit oleh masyarakat yang tinggal di sekitar bangunan terbiar itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.
Menurutnya, susulan itu pada Sabtu, satu lawatan bersama Yang Dipertua MPAJ, Ani Ahmad serta agensi terlibat telah diadakan bagi mencari solusi kepada aduan tersebut.
"Isu ini masih dalam status perbincangan. Kebarangkalian paling utama ialah bangunan terbiar ini dirobohkan kerana tidak melihat pilihan lain (dalam menyelesaikan isu tersebut).
"Objektif utama bagi menyelesaikan aduan dan selepas dirobohkan, barulah fikirkan apa yang akan dibuat di kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau ditemui pada program gotong-royong perdana bagi persiapan kedatangan Ramadan di Masjid Bukit Antarabangsa di sini.
Mohd Kamri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung status perobohan bangunan terbiar tersebut.
Dalam tragedi runtuhan 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers telah runtuh sehingga meragut 48 nyawa.
Sejak itu, tapak berkenaan terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang mengundang rasa kurang senang penduduk setempat.
Susulan itu, Datuk Zuraida Kamaruddin semasa memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2019 memberitahu, bangunan terbiar itu akan dirobohkan.
Zuraida mencadangkan tapak itu dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.
Sementara itu, Ani menerusi mesyuarat penuh bulanan MPAJ yang diadakan baru-baru ini memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu akan mengeluarkan notis kepada pemilik hartanah terbabit untuk merobohkan struktur tersebut.
Ani berkata, notis itu akan dihantar kepada Highland Properties Sdn Bhd sebagai pemilik tapak dan Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai penyelesai syarikat.
Katanya, sekiranya syarikat gagal mengambil tindakan (merobohkan), MPAJ akan memulakan proses mendapatkan perintah mahkamah untuk menjalankan perobohan.
Ujarnya, perobohan dijangka selepas Ogos jika tiada sebarang bantahan di mahkamah dan kos perobohan itu anggarkan antara RM6 juta ke RM7 juta. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024
Keadaan dua blok terbiar Highland Towers. -Foto FB MPAJ
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN
MPAJ telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.