Enam pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat sejarah apabila dua robot ciptaan mereka memenangi pertandingan Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) Robocon 2016 di Bangkok, Thailand, Ahad lepas.
Kejayaan yang dicatatkan di Stadium Tertutup Huamark selepas menewaskan pasukan terkuat dari China itu mengakhiri percubaan 15 tahun UTM dalam memenangi pertandingan berkenaan sejak diperkenalkan pada 2002.
Pengurus Pasukan Ir Dr Mohd Ridzuan Ahmad berkata kejayaan itu merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-59 yang akan disambut akhir bulan ini.
Beliau berkata kejayaan itu tidak dicapai dengan mudah apabila pasukannya terpaksa bertarung dalam perlawanan ulangan pada perlawanan akhir selepas pihak juri tidak berpuashati ekoran masalah teknikal.
"Selepas diberitahu juri perlawanan terpaksa diulang, saya hanya minta pelajar lakukan yang terbaik tanpa merasa tertekan dengan situasi itu dan Alhamdulillah pasukan UTM diumumkan sebagai pemenang selepas China mengalami masalah dengan robot ciptaan mereka," katanya sejurus tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Antaraangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Rabu.
Mohd Ridzuan berkata kejayaan menyelesaikan tugasan pertandingan yang dikenali sebagai "Caiyo" membuktikan kualiti pelajar UTM diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pertandingan itu turut disertai 17 pasukan dari 16 negara dan ia merupakan pertandingan robot yang terkemuka di Asia.
Wakil pelajar, Lim Wen Jin, 22, berkata setiap pasukan perlu membina dua robot eco dan robot hibrid yang tidak bergerak untuk memandu dan berfungsi menerima tenaga hibrid.
Beliau berkata setiap robot perlu digerakkan dengan menggunakan daya magnet, angin dan kekuatan lain untuk melalui laluan ditetapkan di mana kedua-dua robot perlu memanjat tiang untuk memasang turbin angin sebelum tamat pertandingan.
"Walaupun berhadapan persaingan sengit khususnya pasukan dari China, kami akhirnya dapat meraih kejayaan sekali gus mengharumkan nama tanah air," kata pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu.
Selain Wen Jin, pasukan itu turut disertai Kevin Lau, Chai Kim Hung, Low Kah Seng, Chik Wen Xin dan Muhammad Khairul Baihaki Mohd Jafry, masing-masing berusia 21 tahun.
Bernama
Wed Aug 24 2016
Seramai 38 mahasiswa pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memenangi Anugerah ABU Asia Pacific Robot Contest (ROBOCON) 2016 di Bangkok Ahad lalu disambut warga UTM sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto Bernama
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Gunung berapi La Palma terus memuntahkan lahar
Letusan tersebut yang paling lama sejak catatan rekod dimulakan di pulau itu iaitu dari abad ke-16.
Letusan gunung berapi La Soufriere boleh mempengaruhi iklim dunia
Letupan pada 12 April lepas telah menyebabkan aliran piroklas, campuran abu dan gas yang bergerak dengan sangat pantas.
Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer
Letusan memaksa penduduk setempat berpindah sekurang-kurangnya lima kilometer dari gunung tersebut.
Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat - Bukit Aman
Empat individu dikenal pasti memberi ucapan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.
Tidak tahu abu Chin Peng boleh masuk Perak - Ahmad Faizal
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung isu itu.
Gunung Berapi Popocatepetl terus aktif
Susulan itu pusat pencegahan bencana kebangsaan mengeluarkan amaran kepada orang awam untuk menjauhkan diri dari lokasi gunung berapi tersebut.
Gunung berapi Kilauea meletus
Ledakan berlaku pada Khamis selepas beberapa siri gempa yang melanda kepulauan itu sejak beberapa hari lepas.
AirAsia had penerbangan ke Bali
AirAsia kini mengadakan penerbangan terhad pada waktu siang ke dan dari Denpasar, Bali, berikutan juruterbang tidak dapat mengesan sebarang perubahan dalam awan abu pada sebelah malam kerana tidak dap
GERAMM kesal insiden ahli keluarga MH17 tumbuk petugas media
GERAMM kesal kejadian yang menimpa jurugambar akhbar NST Aizuddin Saad yang membuat liputan ketibaan abu mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam di Nirvana Memorial Centre Sungai Besi hari ini.
Visa ke Australia ditolak: Haris Ibrahim akan buat permohonan baru
Aktivis dan peguam, Haris Ibrahim yang telah ditolak visanya ke Australia hari ini berkata akan majukan permohonan yang baru dalam masa terdekat.