awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah
Malaysia kekal terbuka kepada pelaburan asing bawa ketersambungan global - Loke
PRK Kinabatangan, Lamag: Elak pakai, bawa barang bersimbol parti ke pusat mengundi - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol ibu tunggal: Lelaki dihukum penjara, tiga sebatan

Bernama
Bernama
27/02/2017
10:24 MYT
Rogol ibu tunggal: Lelaki dihukum penjara, tiga sebatan
Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, pada 11 Feb lepas.
Razali Mohd Radzi, 34, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Narimah Badruddin.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Feb lepas kira-kira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Guntur, Padang Lebar Batu Kikir.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azri mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Razali turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Alau'ddin Baharom atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bermula dari tarikh dia ditangkap dan dikenakan denda sebanyak RM3,000, atau penjara enam bulan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Rinisha Priyya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#Mahkamah Sesyen
#Nur Akmal Mohamad Azri
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan