Rogol pembantu rumah: Tindakan diputuskan selepas siasatan polis selesai - Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Julai 9, 2019 11:58 MYT
Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai satu laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumah berkenaan. -Gambar fail
Tindakan terhadap exco kerajaan negeri Perak yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia hanya akan diputuskan selepas pihak polis menyelesaikan siasatan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai satu laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumah berkenaan.
Susulan dakwaan itu, katanya, kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Kerajaan negeri memandang serius dakwaan berkenaan dan meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh secara telus dan profesional,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.
BACA: KBRI belum terima maklumat
BACA: Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah warga Indonesia, DAP serah kepada pihak berkuasa
#Ahmad Faizal Azumu #pembantu rumah warga Indonesia #rogol pembantu rumah