awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rohani, tolong perinci cadangan jadikan merotan kesalahan jenayah - Mas Ermieyati

Media Statement
Media Statement
25/01/2015
10:06 MYT
Rohani, tolong perinci cadangan jadikan merotan kesalahan jenayah  - Mas Ermieyati
MAS ERMIEYATI: Kajian perlu merangkumi segala aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak bagi tujuan mendidik. -Gambar fail
Puteri UMNO meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengkaji secara terperinci cadangan menjadikan merotan sebagai kesalahan jenayah dalam akta baharu yang digubal bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kajian tersebut perlu merangkumi segala aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.
''Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dengan melibatkan pandangan banyak pihak dan meneliti pelbagai aspek termasuk peranan ibu bapa untuk mendidik anak dengan cara yang tersendiri kerana ibu bapa lebih mengenali anak-anak mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini‎.
Mas Ermieyati mengulas cadangan menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menjadikan hukuman merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan.
Tambahnya, kementerian terbabit juga perlu meneliti tafsiran merotan yang terkandung dalam perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) kerana ia merujuk kepada aspek penderaan terhadap kanak-kanak.
''Kementerian berkaitan perlu menjelaskan secara terperinci mengenai perkara ini termasuk kandungan dalam CRC kepada masyarakat umum bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan mengenainya,'' jelasnya.
Ujar Mas Ermieyati lagi,‎ kementerian itu juga perlu memperincikan pelaksanaan hukuman rotan itu memandangkan merotan dalam Islam adalah dibenarkan dan merupakan sunnah kerana bertujuan mendidik dan bukannya mendera.
''Di negara ini kebiasaannya anak-anak dirotan bukan untuk mendera sebaliknya yang berlaku ialah kanak-kanak didera secara mental seperti dikurung dan dipukul secara fizikal,'' katanya.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut melahirkan perasaan bimbang seandainya pelaksanaan hukuman itu diteruskan kelak.
"Berkemungkinan akan berlaku banyak kes seperti pasangan Malaysia di Sweden iaitu peningkatan statistik anak-anak dipisahkan daripada ibu bapa mereka," katanya.
Jelasnya lagi, sehingga hari ini masih tidak ada satu kajian yang menunjukkan merotan dengan cara yang betul dan bertujuan mendisiplinkan adalah tidak berkesan untuk anak-anak.
Topic Berkaitan
#akta baharu
#Akta Kanak-Kanak
#anak-anak
#CRC
#jenayah
#Mas Ermieyati
#mendidik
#Rohani Abdul Karim
#rotan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan