Rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat haruslah dibuat secara besar-besaran, menurut seorang penganalisis sosial terkemuka.
Ketua Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) serta Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, sekiranya rombakan hanya melibatkan pertukaran beberapa muka-muka baru, ia tidak akan bermakna sama sekali.
"Negara memerlukan anggota Kabinet yang 'berjiwa Malaysia', yang mempunyai visi jelas mengenai masa depan negara," katanya kepada Astro AWANI.
Menjelaskan apakah maksud 'berjiwa Malaysia', Ramon berkata bahawa Kabinet baru perlu membuang idea-idea lama seperti dasar berteraskan kaum tetapi pada masa yang sama masih mampu mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara dan mengagihkan pendapatan.
"Pendek kata, ia perlu mengamalkan Model Ekonomi Baru (NEM) dalam semua aspek dan membuang paradigma lama dan pemikiran kuno yang membebankan ekonomi dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya, merujuk kepada NEM yang diperkenalkan oleh Najib pada 2010 tetapi kemudiannya dikatakan tidak diberi penekanan yang besar.
Ramon berkata, isu-isu utama lain yang gagal ditangani secara agresif adalah isu kronisme dan rasuah, selain kurangnya golongan yang mempraktikkan kesederhanaan.
"Rakyat seharusnya dapat merasakan keyakinan terhadap kualiti anggota baru dalam kabinet baru sekaligus meletakkan harapan yang lebih tinggi dalam pembangunan masa depan Malaysia," katanya.
Ramon juga mencadangkan beberapa perubahan lain:
MELIHAT KEPADA ‘KAD LAPORAN’
"Kita ada kad laporan. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap kementerian adalah petunjuk terbaik bagi melihat prestasi menteri. Gunakan petunjuk itu untuk mengekalkan atau menaikkan jawatan buat menteri yang berprestasi baik dan ketepikan menteri yang tidak bekerja.
"Tetapi pada masa yang sama, kerajaan perlu mengambil kira semua kritikan yang semakin meningkat daripada orang ramai. Adakalanya kerajaan dilihat cuba menampilkan semua perkara yang baik sahaja dan mungkin ada perkara buruk disembunyikan.
“Kita perlu belajar untuk berhadapan dengan masalah secara berani. Ketaksuban agama, seperti penggunaan undang-undang yang tidak sama rata, akan menjejaskan kita semua. (Sebagai contoh) Kita mempunyai seorang anak yang diculik dan polis tidak melakukan apa-apa. Kita mempunyai badan-badan agama yang menceroboh majlis perkahwinan dan pengkebumian.
"Kita mempunyai individu seperti Ibrahim Ali tetapi tiada siapa yang melakukan apa-apa. Kita mempunyai Karpal Singh yang didakwa dan disabitkan atas Akta Hasutan. Semua perkara ini membuat sesetengah orang ramai kehilangan kepercayaan di negara ini."
SAIZ DAN KOMPOSISI JEMAAH
"Kabinet tidak boleh mengambil konsep 'lebih ramai lebih baik’. Kita harus mementingkan kualiti dan bukan kuantiti. Kita tidak boleh berfikiran sempit, dan mempunyai seorang menteri yang bertanggungjawab bagi satu kaum sahaja. Ya, untuk MCA dan Gerakan adalah baik untuk mempunyai perwakilan Cina tetapi kita harus melangkaui lebih daripada keperluan memenuhi kuota sesuatu kaum.
"Kita semakin tidak perlu melihat kepada warna kulit, kaum dan hanya perlu memastikan adil dan saksama kepada semua. Itulah sebabnya kita perlu bergerak lebih pantas bersama-sama ke arah itu dalam usaha mencapai kesederhanaan. "
MENTERI YANG PENUH BERTANGGUNGJAWAB
"Kita memerlukan barisan menteri yang dipilih oleh rakyat supaya bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat. Itulah asas-asas demokrasi. Kabinet perlu terdiri daripada wakil-wakil rakyat sahaja. Mereka yang tidak dipilih dalam Kabinet boleh memainkan peranan penting lain, seperti penasihat atau ketua-ketua pihak berkuasa, atau jabatan badan berkanun.
"Kita perlukan golongan profesional yang baik dalam kabinet seperti Datuk Paul Low dan Datuk Seri Idris Jala. Sebenarnya mereka sukar untuk berada dalam Kabinet dan mereka mungkin tidak mempunyai keyakinan seperti para menteri lain untuk bertindak. Ini kerana mereka sentiasa boleh dikatakan 'anda tidak mempunyai sokongan akar umbi, anda bukan sebahagian daripada proses demokrasi yang dipilih, anda tidak mempunyai locus standi dalam Kabinet, jangan bercakap terlalu banyak. '"
Beberapa portal berita sebelum ini telah melaporkan bahawa Najib sedang mempertimbangkan rombakan besar dalam barisan pentadbirannya dan bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sahaja.
Barisan baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai.
Teoh El Sen
Wed Jun 11 2014
Gambar arkib Kabinet
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.
63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke
Hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.