LAWAS: Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di sini malam ini sekali gus menandakan permulaan penjelajahan bagi peringkat Sarawak.
Keberangkatan tiba baginda berdua pada kira-kira 8 malam disambut oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Pasangan diraja itu diiringi Menteri Pengiring Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menerima sambutan sangat meriah oleh kira-kira 10,000 rakyat di Lawas yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan merakamkan gambar kenangan bersama baginda berdua.
Dalam titah ringkas Al-Sultan Abdullah, baginda menzahirkan rasa terharu dengan sambutan hangat rakyat di bandar paling utara di Bumi Kenyalang itu.
Awang Tengah, dalam sembah aluannya sebelum itu, turut berkongsi sejarah keberangkatan ayahanda Al-Sultan Abdullah iaitu Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Ba'Kelalan, sebuah kawasan dataran tinggi di pedalaman Lawas pada 1982 sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh.
Beliau turut mempersembah projek pembangunan yang giat dilaksana di daerah agak terpencil itu berbanding bahagian lain di Sarawak dengan kedudukannya yang diapit Brunei Darussalam di selatan, wilayah Kalimantan di timur dan Sabah di utara.
Persinggahan singkat rombongan diraja itu turut memberi peluang kepada suku kaum tempatan di Lawas yang terdiri daripada Melayu, Kedayan, Lun Bawang, Cina, Tagal dan Iban untuk membuat persembahan kebudayaan mereka.
Konvoi baginda berdua kemudian meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan melalui Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien sepanjang 30 kilometer dan akan berada di ibu negara Brunei Darussalam itu hingga esok.
Pada Sabtu, kembara itu akan memasuki semula Sarawak menerusi Miri di mana beberapa acara sambutan turut dirancang sebelum ia bergerak ke Bekenu dan Bintulu pada keesokan harinya.
Kembara Kenali Borneo turut melibatkan persinggahan di Sibu, Sri Aman dan Kuching sebelum dilengkapkan dengan perjalanan ke Telok Melano, Lundu di selatan Sarawak pada 13 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melambaikan tangan kepada rakyat jelata ketika berangkat pulang selepas Majlis Santapan Bersama Rakyat di Masjid Sahabat Sindumin Sipitang. - Foto BERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Rombongan Agong disambut 10,000 rakyat di Lawas, mulakan penjelajahan Sarawak
Dalam titah ringkas Al-Sultan Abdullah, baginda menzahirkan rasa terharu dengan sambutan hangat rakyat di bandar paling utara di Bumi Kenyalang itu.
Rombongan pelancong ke Genting Highlands patuh SOP - MOTAC
Syarikat pelancongan yang membawa pelancong dari Alor Setar, Kedah ke Genting Highlands, Pahang didapati mematuhi semua garis panduan.
COVID-19: Pengantin, rombongan mahu ke Pahang boleh dengan syarat...
Setiap bakal pengantin dan rombongan yang datang dari luar Pahang perlu mengemukakan keputusan ujian RTK-Ag COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum akad nikah.
Kumpul duit setahun, akhirnya tak dapat melancong kerana ditipu ejen
Menurut laporan polis dibuat seorang mangsa berusia 37 tahun, kejadian bermula pada 2018 apabila dia ditawarkan pakej pelancongan ke Beijing, China oleh seorang lelaki.
73 orang dijangkiti influenza di Bentong
Sekumpulan murid yang menyertai rombongan ke ibu negara antara yang dikenal pasti berkemungkinan terkena jangkitan.
Qi Razali rancang bertunang tahun ini
Menurut Qi, buat masa sekarang dia masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu.
Lawatan PM Najib ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman - Pejabat PM
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Bantuan Rohingya: 12 Ahli Parlimen ke Cox's Bazar
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, akan mengetuai delegasi rombongan tersebut dengan dibantu Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Kumpulan pertama jemaah Haji pulang ke Kuala Terengganu
Penerbangan KT30 membawa pulang seramai 278 jemaah Haji termasuk empat pegawai perubatan dan kebajikan.
Rombongan haji pertama dari Malaysia selamat tiba
Ketibaan rombongan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf.