SHAH ALAM: Sudah menjadi tabiat seekor kucing berwarna oren atau dikenali sebagai ‘oyen’ untuk membuat gelagat dan tingkah laku yang mampu mencuit hati penggemar kucing di seluruh negara.
Kucing oren yang dinamakan Romlee berumur 11 tahun itu juga tidak kalah dengan tingkah lakunya yang berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana suka membuat muka pelik apabila dirakam oleh tuannya, Wan Yusmanira Enche Khawari.
Wan Yusmanira, 21, berkata, dia merakam kandungan TikTok bagi mencipta kenangan sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku kepada kucing kesayangannya itu.
Tambahnya, apabila Romlee suka membuat muka pelik dalam rakaman video, perkara tersebut sering disalahertikan oleh pengguna platform berkenaan.
“Ia memang suka buat muka pelik ibarat saya bagi ubat tidur, tapi saya tidak buat apa-apa pun sebelum mulakan rakaman.
“Romlee malas melayan setiap kali nak buat kandungan TikTok, jadi saya akan bawanya ke meja makan lalu berdirikan di sebelah, jadi ia mula melentokkan kepala di atas bahu serta melekatkan kepalanya pada pipi saya sambil menjelirkan lidah.
“Tetapi, Romlee sebenarnya kucing yang normal dan sangat kuat bergaduh di belakang kamera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurut Wan Yusmanira atau lebih mesra dipanggil Intan, keluarganya membela sebanyak 18 ekor kucing dengan pelbagai gelagat yang tidak boleh digambarkan kenakalan, kecomelan serta kebijaksanaan haiwan peliharaan itu.
Jelasnya, hanya Romlee yang dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik akan berdiri di sebelah tanpa paksaan.
“Romlee memang senang untuk dipakaikan baju sebab ia sejenis kucing yang reda.
“Kalau kucing lain, mereka akan takut atau terus berlari kalau saya nak pakaikan baju ke mereka,” tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 10 2024
Wan Yusmanira bersama Romlee yang gemar melakukan muka pelik ketika dirakam atau membuat kandungan untuk aplikasi TikTok.
Claudia Sheinbaum isytihar kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Mexico
Saintis iklim Mexico dan bekas Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum meraikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden pada Ahad sebagai calon gabungan "Let's Keep Making History".
Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza
Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.
Remaja 14 tahun maut akibat langgar lari di Nilai
Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Batu 9 Jalan Labu, Nilai pada 6.45 pagi tadi.
Tumpuan Selasa – 04 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kabinet Mesir letak jawatan, PM Mesir dilantik semula untuk bentuk kerajaan baharu
Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly telah menyerahkan surat peletakan jawatan Kabinetnya pada Isnin.
Penuntut IPTA ditemui lemas di kolam ikan
Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di daerah ini ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm di sini, hari ini.
AWANI Tonight: 3 June 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Malaysia committed to creating disaster-resilient cities - Minister
2. Parallel Pathway: Reforms needed to boost numbers of medical specialists
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Malaysia committed to creating disaster-resilient cities - Minister
2. Parallel Pathway: Reforms needed to boost numbers of medical specialists
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Ringkas: Gugur Keahlian Bersatu | Jurusan Kejururawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Claudia Sheinbaum becomes Mexico’s first woman president
Claudia Sheinbaum is set to become Mexico’s first woman president, following a landslide victory based on preliminary results.
AWANI Tonight: Pushing for reforms to boost specialist numbers
The parallel pathway programme and possible legal amendments will be brought to the Cabinet this week. Ipoh Timur MP Howard Lee weighs in on the need to facilitate the programme alongside university Master’s programmes to address a shortage of doctors.
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.