KANGAR: Seorang pekebun sayur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kangar, di sini hari ini, atas kesalahan merompak seorang wanita, pada Ahad lepas.
Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman itu terhadap Som Phong Chem, 27, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 22 tahun, pada 5.30 petang 4 Jun lalu.
Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan berhampiran pam air Kampung Kok Klang di Jalan Felda Chuping, Mata Ayer, Arau.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
Berdasarkan keterangan kes, tertuduh yang mengekori motosikal mangsa bertindak menghampiri dan menarik seluar sebelah kanan untuk memberhentikan motosikalnya.
Mangsa bagaimanapun cuba melarikan diri namun terbabas di tepi jalan dan tertuduh didakwa mengambil telefon bimbit mangsa yang bernilai RM300.
Mangsa yang mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan dan pergelangan kaki kirinya dibantu oleh orang awam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Ahmad.
Salim Aziz
Thu Jun 08 2023
Tertuduh, Som Phong Chem didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa pada 4 Jun lalu. - Foto Astro AWANI
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
Rompak wanita, pekebun sayur dipenjara 5 tahun dan 3 sebatan
Seorang pekebun sayur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan atas kesalahan merompak seorang wanita, pada Ahad lepas.
Pura-pura tolong wanita, anak kecil sebelum merompak, lelaki dipenjara 9 tahun
Johar Mohd Yusof, 44, seorang pengawal keselamatan, menukar pengakuan kepada bersalah merompak Aryaty Ibrahim, 40, di Petaling Jaya 31 Mac lalu.