awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompakan kedai emas Kajang: Kerugian cecah RM3.2 juta, tujuh saksi dirakam keterangan

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2024
09:41 MYT
Rompakan kedai emas Kajang: Kerugian cecah RM3.2 juta, tujuh saksi dirakam keterangan
Polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).
KAJANG: Pemilik kedai emas yang dirompak empat ‘pengawal keselamatan’ bersenjata di sebuah pusat beli-belah Kajang, pada Selasa, mengalami kerugian lebih RM3.2 juta.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohamad Nasir Drahman, polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang masih bebas.
“Berdasarkan laporan dan siasatan dijalankan mendapati kerugian dianggarkan sebanyak RM3.2 juta.
“Sehingga kini, tujuh saksi sudah diambil keterangan dan akan ada beberapa orang saksi lagi akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Selasa, empat lelaki berpakaian seperti pengawal keselamatan merompak kedai emas di sebuah pusat beli-belah di sini, pada jam 3.17 petang.
Mohamad Nasir berkata, kesemua suspek memakai topeng dan bersarung tangan gelap masuk ke premis di tingkat satu dan terus memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas.
Beliau berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan selaras senapang serta melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis.
Katanya, kesemua suspek kemudiannya melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah pusat beli-belah berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).
Topic Berkaitan
#kedai emas
#pengawal keselamatan bersenjata
#pusat beli-belah Kajang
#rompakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan