awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompakan peti besi mengandungi RM400,000, 4 lagi suspek ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/06/2021
08:34 MYT
Rompakan peti besi mengandungi RM400,000, 4 lagi suspek ditahan
Kamarul Zaman menunjukkan hasil rampasan termasuk peti besi yang sudah dirosakkan pada sidang media di IPK Alor Setar, baru-baru ini. - Gambar fail
ALOR SETAR: Polis menahan empat lagi lelaki dipercayai terbabit kes pecah masuk dan melarikan peti besi mengandungi hampir RM400,000 dari sebuah pejabat kurier di Kampung Berjaya di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan dilakukan di sekitar bandar raya ini semalam, dan pihaknya turut merampas wang tunai RM70,450 yang disembunyikan.
"Kesemua tangkapan berusia antara 20 dan dan 30-an itu direman sehingga 3 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Jumlah keseluruhan tangkapan kini adalah seramai sepuluh orang dengan nilai rampasan wang tunai berjumlah RM333,745," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 3 anggota polis antara 6 ditahan larikan peti besi mengandungi RM400,000
Jenayah | 3 anggota polis antara ditahan kes rompakan
Kamarul Zaman berkata, pihaknya meneruskan siasatan bagi mengesan dan mengenal pasti suspek lain yang terbabit dalam kes berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Rabu lalu, sekumpulan penjenayah bertindak memecah masuk dan melarikan peti besi milik sebuah syarikat kurier berdekatan Kampung Berjaya di sini.
Kumpulan itu dipercayai mencabut fius utama bekalan elektrik di bahagian luar premis menyebabkan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum mengumpil pintu utama bangunan.
Berikutan itu, polis menahan enam suspek termasuk tiga anggota polis berusia antara 21 hingga 50 tahun dalam operasi khas bermula Rabu hingga kelmarin, dan menemui kembali wang tunai berjumlah RM263,295.
Topic Berkaitan
#rompakan peti besi
#syarikat kurier
#Alor Setar
#anggota polis
#pecah masuk
#larikan peti besi
#umpil
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan