awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ROS kerjasama dengan polis kesan aktiviti pembiayaan keganasan

Bernama
Bernama
01/11/2014
23:57 MYT
ROS kerjasama dengan polis kesan aktiviti pembiayaan keganasan
ZAHID: Ahli-ahli pertubuhan akan dikenakan tindakan keras dan kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini. - Gambar Fail
Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) akan bekerjasama dengan polis bagi mengesan sebarang aktiviti pembiayaan keganasan daripada pihak tertentu melalui pertubuhan di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu termasuk mengenal pasti pertubuhan yang turut dijadikan platform dalam aktiviti pengubahan wang haram.
"Dana yang diperoleh pertubuhan untuk kegiatan yang diharamkan, begitu juga pertubuhan yang terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram akan dikenakan tindakan perundangan.
"Ahli-ahli pertubuhan akan dikenakan tindakan keras dan kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2014, di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah.
Beliau berkata setakat ini ROS tidak menerima sebarang aduan dan maklumat berhubung penglibatan mana-mana pertubuhan terhadap kegiatan tersebut.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kerajaan mengiktiraf peranan pertubuhan sebagai ejen inovasi sosial negara.
Katanya, menerusi pertubuhan, rakyat tidak lagi bergantung kepada kerajaan dan sektor swasta bagi menampung kesemua kehendak mereka.
"Pertubuhan juga telah membantu kerajaan untuk menghadapi cabaran sosial bagi mentransformasi masyarakat.
"Dengan semangat sukarelawan yang menebal pada setiap ahli pertubuhan, mereka membantu kerajaan memastikan masyarakat yang terpinggir serta kurang bernasib baik mempunyai akses yang sama dalam bidang pekerjaan, pembelajaran dan rawatan kesihatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia
#ros
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan