Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) disebabkan jabatan itu tidak memaklumkan lebih awal syarat dan undang-undang pertubuhan kepada mereka.
Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata permohonan pendaftaran PH perlu diteliti secara menyeluruh memandangkan ada masalah belum selesai berhubung DAP sebelum ini dan ditambah dengan isu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Kita memang meneliti semua keadaan (aspek) secara menyeluruh sebelum meluluskan apa juga pertubuhan terutamanya parti politik, jadi dakwaan Pengerusi PPB itu adalah tidak tepat.
"Parti politik mempunyai sokongan daripada rakyat, jadi kita kena pastikan apa yang mereka ingin perjuangkan itu menepati perlembagaan persekutuan dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta tidak bercanggah dengan norma masyarakat.. itu yang penting," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Surayati berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa ROS tidak memaklumkan lebih awal kepada parti terbabit mengenai syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi sehingga menyebabkan kelewatan pendaftaran pertubuhan parti campuran tersebut yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
Mengulas perkembangan lain, Surayati menyeru persatuan penduduk yang berdaftar di bawah ROS membuat permohonan geran berjumlah RM10,000 bermula Disember ini.
Geran yang disediakan Kerajaan Persekutuan itu adalah bagi pelaksanaan program pencegahan jenayah, aktiviti kejiranan dan pembersihan serta pembelian peralatan keselamatan.
Sementara itu Pengarah ROS Melaka Nurhafidah Ali berkata sehingga kini sebanyak 2,156 pertubuhan dan 407 pertubuhan cawangan yang aktif direkodkan berdaftar di negeri itu manakala 44 persatuan telah dibatalkan kelayakannya.
Beliau berkata pembatalan status persatuan atau pertubuhan itu disebabkan beberapa faktor termasuk tidak aktif, tidak menghantar laporan tahunan atau penyata setelah notis dan makluman dilakukan ROS, serta ditubuhkan untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2017
SURIYATI menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa jabatannya lewat memaklumkan lebih awal syarat dan undang-undang pertubuhan kepada Pakatan Harapan. - Gambar fail Bernama
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.