awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah didakwa di mahkamah 3 petang esok

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
14/11/2018
07:03 MYT
Rosmah didakwa di mahkamah 3 petang esok
Rosmah bagaimanapun tidak keluar di pintu utama lobi, sebaliknya menggunakan laluan lain bagi mengelak pihak media. - Astro AWANI/Shahir Omar
Isteri bekas perdana penteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 3 petang esok.
Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk K. Kumaraendran yang ditemui di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Beliau telah diambil keterangan oleh SPRM dan beliau akan hadir ke mahkamah di Jalan Duta jam 3 petang esok. Itu sahaja saya boleh komen setakat ini,” katanya kepada di lobi Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Rosmah sebelum itu memberi keterangan kepada suruhanjaya itu bermula jam 11.40 pagi.
Beliau kemudian meninggalkan ibu pejabat berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Rosmah bagaimanapun tidak keluar di pintu utama lobi, sebaliknya menggunakan laluan lain bagi mengelak pihak media.
Beliau dipanggil SPRM dipercayai berhubung dakwaan melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.
Pada 11 Jun lalu, Kementerian Pendidikan memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu terlibat berkaitan isu penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#perbicaraan
#Rosmah Mansor
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan