awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
Johor umum “hadiah” hampir RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosyam Nor buat sidang media esok, jelas isu pasar raya

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2019
08:40 MYT
Rosyam Nor buat sidang media esok, jelas isu pasar raya
Rosyam Nor akan mengadakan sidang media pada Sabtu bagi menjelaskan isu berhubung pasar raya ST Rosyam Mart. -Gambar Facebook/ST Rosyam Mart
Pelakon Datuk Rosyam Nor akan mengadakan sidang media esok bagi menjelaskan isu berhubung pasar raya ST Rosyam Mart.
Ia susulan isu yang tular di media sosial mengatakan pasar raya tersebut dimiliki oleh peniaga bukan Melayu.
Selain Rosyam, sidang media itu akan turut dihadiri pihak ST Rosyam Mart Sdn Bhd.
Astro AWANI cuba menghubungi Rosyam berhubung isu ini namun gagal.
Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.
Pasar raya ini pernah diserbu pelanggan kerana menawarkan seekor ayam dengan harga 80 sen sahaja.
Dalam temu bual dengan media sebelum ini, Rosyam dilaporkan berkata, ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertamanya membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak.
Topic Berkaitan
#80 sen
#pasar raya
#peniaga bukan Melayu
#Rosyam Nor
#Setiawangsa
#Sri Ternak
#ST Rosyam Mart
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan